RSS
"asas ukhwah adalah cinta dan asas cinta adalah keimanan kepada Allah.. itulah yang membuatkan manusia sentiasa tenang dan senang....."

Monday, January 9, 2012

KERJA DAN TERUS BEKERJA...

DENGAN NAMA ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG


Alhamdulillah... minggu pertama persekolahan telah pun dilalui dengan jayanya. Penatnya rasa banyak sangat kerja nak disiapkan di awal tahun. Hari pertama sekolah bermula dengan pengurusan kelas. Tahun ini mengajar tahun 5. Semua muka-muka yang dikenali. So ummi dah faham perangai diaorang sebab masa tahun lepas ummi mengajar semua kelas tahun 4. Jadi tahun ini walaupun murid bertukar-tukar kelas ummi tetap dah masak dengan perangai diaorang semua. Dari yang banyak cakap, malas datang sekolah, yang rajin-rajin, yang malas buat keje. Semua ummi ingat. Maaflah ye anak-anak cikgu semua.

Sebenarnya pagi-pagi hari pertama lagi dah ada orang dari Pejabat Pendidikan Daerah datang melawat suasana di sekolah. Kelam kabut juga kami masuk ke kelas masing-masing. Guru Besar pun bagi 2 minggu untuk siapkan buku ringkasan mengajar. Rancangan harian dah siap cumanya adalah maklumat-maklumat lain yang tidak diisi. Ramai yang kene "cikgu belum bersedia untuk menjalankan tugas"... tapi alhamdulillah bagus juga orang PPD tu datang sebab kami semua terus siapkan semua keje lepas tu.

Tahun ini dapatlah ummi mengajar satu kelas Tahun 6. Risau juga untuk terjun ke dunia UPSR. Alhamdulillah peratus Sains UPSR pada tahun lepas meningkat dari 85% pada tahun 2010 kepada 95%. Kami gembira dengan peningkatan itu cuma ianya adalah sesuatu angka yang menggerunkan ummi. Apa yang akan berlaku pada tahun ini? Pastinya hanya Allah yang mengetahuinya. Moga Allah berkati hasil usaha kerja keras kami guru-guru tahun 6 pada tahun ini.

Apa pula cerita anak bujang ummi yang seorang tu. Abang Solahuddin masih bersekolah di Taski Sri AlHuda. Kelas 6 tahun tapi dia kata dia tahun 6. Ape-apelah ye abang. InsyaAllah azam si abang pada tahun ini abang nak pandai membaca. Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk abang ye. Bila balik rumah ada sahaja cerita yang hendak diceritakan pada ummi. Semakin pandai mengurus diri dan rajin menjaga adik-adiknya. Semoga menjadi anak yang soleh ye sayang........

Pada tahun 2012 ini juga nampaknya inteam semakin sibuk. Awal-awal lagi insyaAllah abi dan inteam dah ada perancangan untuk ke Pesta Buku Mesir. Dan ada juga perancangan untuk menunaikan umrah selepas itu. InsyaAllah niat yang baik harus diteruskan. Sebenarnya sebelum ini ada perancangan untuk ke UK. Tapi ditunda agaknya ke tahun hadapan. Jawapannya ummi akan ditinggalkan lama bersama anak-anak tersayang pengubat hati ummi. Pergilah abi sayang. Memang kalau ditanya, mulut akan berkata pergilah. Abi bukan pergi buat perkara tak baik. Abi pergi ke negara dimana jasad Saidina Hassan dan Imam Asy-Syafie dikebumikan. Bumi yang penuh barakah. Bumi yang terkandung padanya khazanah ilmu. Tapi hati tetap menahan sendu. Biasalah fitrah seorang wanita, seorang isteri. Tapi bak kata orang tua-tua Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Orang tua manalah yang cakap macam tu kan abi... Pergilah. Peluang yang baik tidak datang selalu. Bila ia datang rebutlah sebaik mungkin. Bagaimana keadaan di Mesir sana ya? Masih bergolak lagikah bumi Musa dan Harun itu?

Cairo International Book Fair 2012 ; 24 Januari - 6 Februari 2012
http://www.cairobookfair.org/default_en.aspx

Tuesday, January 3, 2012

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

DENGAN NAMA ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG

Si Pegar

Pasti kita biasa dengan pepatah melayu ini:
"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"

Pernah tak kita terfikir macam mana pagar makan padi. Sebagai seorang pelajar satu masa dahulu, ummi pernah terfikirkan hal ini...tetapi ianya berlalu begitu sahaja. Tak terfikir untuk bertanya kepada orang-orang yang lebih arif. Tetapi setelah ummi terjumpa blog "Kisah Seorang Budak U"... barulah ummi menemui jawapannya...

Sebenarnya: HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI
Kesalahan berlaku semasa penukaran tulisan jawi ke tulisan rumi. Disebabkan satu huruf rupa-rupanya selama hari ini kita belajar sesuatu yang salah dan tidak siapa yang membetulkannya. Malunya kita kerana orang dari negara lain iaitu seorang budak Brunei yang membetulkannya dan memberitahu kepada kita.

PEGAR http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar adalah sejenis haiwan kawalan biologi dalam pertanian sawah padi. Jadi dalam pepatah melayu tersebut burung ini menjadi harapan kepada pesawah padi untuk menjaga padi-padi mereka dari di makan oleh haiwan perosak seperti tikus. Tetapi burung pegar ini pula yang makan padi-padi mereka.

Begitu juga dengan "MELEPASKAN BATU K DI TANGGA"
Sebenarnya " MELEPASKAN BATOK DITANGGA"



BATOK adalah dari perkataan jawa yang bermaksud tempurung. Sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna.

Jom sama-sama baca blog ni : http://bedaduz2.blogspot.com/2011/12/harapkan-pegar-pegar-makan-padi.html

Di sekolah-sekolah kita sibuk dengan MBMMBI (MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS) yang dalam proses menggantikan PPSMI. Inilah masanya untuk kita betul-betul memartabatkan bahasa ibunda kita. Dari zaman ummi sekolah sampailah ummi dah jadi cikgu sekolah, Bahasa Melayu ni selalu berubah-rubah. Tidak ada ketetapan dalam tatabahasa. Lepastu selalu juga bertukar-tukar sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Cuba tengok Bahasa Inggeris tak ada pula bertukar-tukar. Kenapa ye jadi macam tu? Janganlah kita sibuk dengan hal yang remeh-remeh tapi banyak lagi perkara yang lebih besar yang perlu diberi perhatian. Dan yang paling penting jangan sampai kita tersalah memberi ajaran.So rakan-rakan guru sekalian jomlah kita belajar sebelum kita mula mengajar...

Monday, January 2, 2012

KEMBARA KAMI...(Siri 1)

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG


Alhamdulillah... 30 Disember 2011 yang lalu genaplah umur Muhammad Mustafa bin Mohd. Syahril 1 tahun.
Teringat saat-saat kelahiran Mustafa, seorang bayi comel seberat 3.9 kg menyebabkan ummi rasa serik sehingga kini. Mustafa dilahirkan secara normal. Masa sakitnya tidak lama tetapi saat nak melahirkan memang sangat sakit. Ditambah kelahiran Mustafa tanpa kehadiran doktor yang sepatutnya menyambutnya. Doktor turun minum sekejap tapi nurse yang tidak dapat mencari doktor. Bila doktor sampai segalanya sudah selesai dan doktor hanya menjahit luka ummi. Segalanya telah ditulis oleh Allah dalam takdir Muhammad Mustafa. Ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku. Segala kesakitan itu hilang tatkala melihat dirimu membesar dengan sihat.

Diambang usia 1 tahun, Muhammad Mustafa di serang sakit kulit. Ummi dah mula cemas. Tak tentu arah rasanya. Fobia teringatkan keadaan menjaga adik dan abang yang diserang sakit kulit dua tahun lalu. Mujur ada Abi yang sentiasa tenang dan menenangkan ummi. Mustafa dijangkiti di taska dari seorang baby. Baby tersebut sakit di keseluruhan badannya tetapi Mustafa hanya di tangan kirinya. Sabarlah wahai ummi. Allah beri sedikit sahaja ujian pada ummi. Kenang kembali kisah nabi Ayyub yang diserang penyakit kulit di seluruh badannya bertahun-tahun lamanya. Subhanallaaaah... Kematian anak-anak, kehilangan harta. ditinggalkan oleh isteri-isterinya. Istighfar sebanyak-banyaknya kerana pasti ada salah silap kita pada yang Maha Pencipta.


Perjalanan hidup diteruskan. Kebetulan hari lahir Mustafa jatuh pada hari Jumaat yang penuh barkah, Mustafa di raikan dalam majlis selawat di Masjid UM selepas solat Jumaat. Telah menjadi rutin mingguan inteam dan kumpulan Almawlid. Mereka akan berkumpul dan berselawat bersama-sama jemaah yang sudi untuk berselawat bersama. InsyaaAllah di lain masa ummi akan ceritakan khusus tentang aktiviti mereka.

Pada petang itu juga, kami berlima berangkat ke lapangan terbang Subang untuk menunaikan janji ummi dan abi kepada abang Solahuddin juga sebagai hadiah hari lahir untuk Mustafa (macam faham je Mustafa tu) Kami ke lapangan terbang dengan dihantar oleh En Fairus; PR inteam. Tiba di lapangan terbang sudah pun waktu Magrib. Selesaikan Solat yang wajib; Maghrib dan jama qasar Isya'. Waktu penerbangan kami dengan Firefly pada jam 8.30 malam. Alhamdulillah keadaan tenang di sini. Tak ramai sangat orang kalau nak dibandingkan dengan LCCT. Sebab tulah tidak boleh nak naik Air Asia. Ditambah lagi dengan keaktifan adik Saifudin yang sangat suka berlari ke sana sini. Tidak kisah jatuh beberapa kali. Terima kasih abi. Barulah ummi faham. Memang abi dah fikirkan semuanya. Kalau ikutkan penerbangan Firefly, duit tiket tu boleh dapat tiket pergi dan balik naik Air Asia. Takpelah belanja lebih sedikit untuk keselesaan anak-anak.

Yang sangat teruja naik kapal terbang pastilah abang Solahuddin. Bising je mulut dia bertanyakan bila kapal terbang tu nak bergerak. Lambat pula ye. Ummi takut... huhuhu... Kapal dah mula bergerak tangan ni pun mula pegang kerusi depan kuat-kuat. Abang Solahuddin masih tak sudah-sudah dengan pertanyaannya. Mulut ummi dah kumat kamit berselawat sebanyak-banyaknya diiringi doa. Terasa betul naik Firefly ni disebabkan kapalnya yang agak kecil. Bila terlanggar awan terasa macam naik kereta bila langgar lubang. Bila nak mendarat lagi satu hal. Tak dapatlah nak dibayangkan. Bila dah sampai tu seribu satu kesyukuran dipanjatkan. Alhamdulillah tercapai hajat abang nak naik kapal terbangkan. Seronok ummi tengok anak-anak ummi bahagia. Mesti janji lepas ni belajar rajin-rajin dan mesti dah boleh membaca.

Terlupa nak cerita seorang budak yang aktif di lapangan terbang tadi; rupanya sama dengan ummi. Diam membisu bila dah naik kapal terbang tu...haha tau takut.



Kami mendarat di lapangan terbang Senai, Johor Baharu. Disambut oleh adik tersayang Nuur As- Saleha dan suaminya En Ruzaini. Bermalam di rumah baru mereka di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram.

Oklah. Esok dah mula sekolah. Nak kene siapkan beberapa kerja. Sambungan Kembara Kami.... (Siri 2) nanti...