Si Pegar
Pasti kita biasa dengan pepatah melayu ini:
"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"
Pernah tak kita terfikir macam mana pagar makan padi. Sebagai seorang pelajar satu masa dahulu, ummi pernah terfikirkan hal ini...tetapi ianya berlalu begitu sahaja. Tak terfikir untuk bertanya kepada orang-orang yang lebih arif. Tetapi setelah ummi terjumpa blog "Kisah Seorang Budak U"... barulah ummi menemui jawapannya...
Sebenarnya: HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI
Kesalahan berlaku semasa penukaran tulisan jawi ke tulisan rumi. Disebabkan satu huruf rupa-rupanya selama hari ini kita belajar sesuatu yang salah dan tidak siapa yang membetulkannya. Malunya kita kerana orang dari negara lain iaitu seorang budak Brunei yang membetulkannya dan memberitahu kepada kita.
PEGAR http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar adalah sejenis haiwan kawalan biologi dalam pertanian sawah padi. Jadi dalam pepatah melayu tersebut burung ini menjadi harapan kepada pesawah padi untuk menjaga padi-padi mereka dari di makan oleh haiwan perosak seperti tikus. Tetapi burung pegar ini pula yang makan padi-padi mereka.
Begitu juga dengan "MELEPASKAN BATU K DI TANGGA"
Sebenarnya " MELEPASKAN BATOK DITANGGA"
BATOK adalah dari perkataan jawa yang bermaksud tempurung. Sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna.
Jom sama-sama baca blog ni : http://bedaduz2.blogspot.com/2011/12/harapkan-pegar-pegar-makan-padi.html
Di sekolah-sekolah kita sibuk dengan MBMMBI (MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS) yang dalam proses menggantikan PPSMI. Inilah masanya untuk kita betul-betul memartabatkan bahasa ibunda kita. Dari zaman ummi sekolah sampailah ummi dah jadi cikgu sekolah, Bahasa Melayu ni selalu berubah-rubah. Tidak ada ketetapan dalam tatabahasa. Lepastu selalu juga bertukar-tukar sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Cuba tengok Bahasa Inggeris tak ada pula bertukar-tukar. Kenapa ye jadi macam tu? Janganlah kita sibuk dengan hal yang remeh-remeh tapi banyak lagi perkara yang lebih besar yang perlu diberi perhatian. Dan yang paling penting jangan sampai kita tersalah memberi ajaran.So rakan-rakan guru sekalian jomlah kita belajar sebelum kita mula mengajar...



