RSS
"asas ukhwah adalah cinta dan asas cinta adalah keimanan kepada Allah.. itulah yang membuatkan manusia sentiasa tenang dan senang....."

Wednesday, December 28, 2011

"JEWEL IN THE PALACE"



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillah... sedang bersenang-senang di rumah sambil menonton TV Al-Hijrah...

Baru pulang dari sekolah tadi. Ummi tak 'senereh' terlupa bawa kunci rumah. Terpaksalah abi balik rumah sekejap hantarkan kunci. Kunci rumah ummi elok je tergantung di tempat kunci. Abi pun tak perasan lah tu ummi tak bawak kunci.

Biasanya petang-petang macam ni memang ummi akan terpaku di depan tv menonton rancangan kesukaan ummi di tv Hijrah. Sangat suka menonton drama korea" JEWEL IN THE PALACE". Cerita itu sememangnya sangat memberi semangat dan inspirasi kepada ummi untuk menjadi seorang wanita yang boleh berjaya dalam apa jua pekerjaan dan bidang sekalipun seperti JANG GEUM...Bila dah mula tengok cerita ini ummi tidak akan berganjak ke mana-mana. Channel tv Hijrah tidak ada iklan yang panjang cuma memaparkn sedutan rancangan yang ada di tv hijrah. Jadi memang tidak boleh bergerak ke mana-mana. Drama ini sangat bagus ditonton dan banyak pengajaran yang boleh didapati. Kerana drama ini jugalah ummi jadi teruja untuk sangat rajin memasak. Harapnya sampai bila-bila.

ni lah JANG GEUM


Sebenarnya drama ini di adaptasi dari sejarah atau kisah benar yang berlaku pada zaman Dinasti Joseon di Korea. Ada banyak kisah sejarah berkaitan drama ini. Nak tau bolehlah tengok di  http://daejanggeum.blogsome.com/jewel-in-the-palace/
Mengisahkan tentang Janggeum seorang anak yatim piatu terpilih menjadi wanita istana seperti ibunya juga. Hidup di istana sangat menyusahkan dengan peraturan yang ada. Janggeum sangat tabah dan menjadi contoh kepada wanita istana yang lain. Ada juga yang berhasad dengki sehingga akhirnya Janggeum di buang negeri Pulau Jeju. Sepanjang menjadi orang buangan beliau belajar perubatan. Untuk masuk semula ke istana beliau harus menjadi pembantu perubatan dan Jangguem akhirnya berjaya kembali ke istana dengan niat untuk membalas dendam keatas kematian ibunya dan Puan Han. Janggeum masih lagi menjadi mangsa hasad dengki orang-orang di sekelilingnya. Tetapi dengan kebolehan dan kemahiran yang ada Janggeum akhirnya menjadi orang kesayangan Maharaja dan Permaisuri. Janggeum juga dianugerahkan gelaran Janggeum Yang Agung. Akhir cerita Janggeum dapat hidup bersama orang yang dicintainya.

Syabas kepada tv Al Hijrah kerana dapat membawakan drama-drama yang bermanfaat untuk ditonton. Jalan ceritanya sangat bagus kerana tiada unsur-unsur yang perlu ditapis. Ceritanya juga sungguh menenangkan.

Tapi..... drama ini sudah habis pada hari Isnin yang lepas. (Huhuhu. Terasa sangat sedih sekali.) Dan digantikan dengan cerita jepun. Setakat ni cerita dia macam agak bosan sikit. Cuma ummi suka tengok pemandangan-pemandangan yang cantik. Cerita klasik juga.

Thursday, December 22, 2011

3 Hari Lagi... Lamanya....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillah... saat ini Mustafa lena di dalam buaian, adik lena di depan tv... dan abang td pergi main di taska. Abang janji dengan ummi nak balik pukul 2. Dan dalam kesunyian ini, ummi mengambil kesempatan menaip bait-bait cerita di blog ini. Abi... di mana abi saat ini.

Pagi semalam abi dan inteam lain telah bertolak ke Karnival Hijrah yang berlangsung Di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu... (betul ke nama tempat tue??). Abi cerita malam tadi latihan sampai pukul 2. Pukul 5 pagi dah bangun ke masjid. Pukul 9, En Rahim dan Hazamin telah ke Assalamualaikum TV Hijrah. Abi menyambung tidur di hotel. InsyaAllah malam nanti Inteam dan kumpulan Al-Mawlid persembahan dan rakaman di Dataran Shahbandar. Selesai rakaman, terus bertolak ke LCCT. Penerbangan ke Jakarta jam 9.50 pagi. Begitulah sibuknya kehidupan abi. Semoga Allah terima setiap langkah, perjalanan dan persembahan mereka sebagai satu usaha daawah yang tiada hentinya. Semoga setiap pengorbanan abi meninggalkan keluarga membuahkan sesuatu yang bernilai dalam mengembangkan syiar Islam di bumi ini. Hanya doa yang mengiringi setiap langkahmu itu.

Ummi pula yang rasakan kepenatannya. InsyaAllah tugas ummi menjaga setiap amanahmu. Cuma... air mata tetap menjadi teman setia bila rindukan abi...huhuhu... tu takboleh nak dipertikaikan lagi. InsyaAllah tiga hari lagi baru dapat jumpa abi. huhuhu lamanya....

**********************************************************************************

Alhamdulillah, ummi dah mula bermesyuarat di sekolah Selasa hingga Khamis lepas. Dan Selasa hingga Khamis depan sambung lagi. Semua mesyuarat perlu diselesaikan sebelum persekolahan bermula. Mesyuarat pengurusan, kurikulum, HEM, Kokurikulum, Panitia, unit HEM dan unit Kokurikulum... banyaknya... Apa sasaran ummi untuk tahun ini? InsyaAllah semoga Allah permudahkan setiap perancangan ummi.

Thursday, December 15, 2011

UMMI... jangan risau ye. Nanti Abang pandailah membaca!

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar..


Setinggi kesyukuran pada Allah yang Maha Berkuasa... Masih lagi memberi kesempatan untuk ummi menghirup udara untuk bernafas disisi insan-insan yang disayangi. Hari ini duduk seorang di rumah. Jadi ummi gunakan kesempatan yang ada untuk mengisi sedikit ruang di blog ummi.


Alhamdulillah semalam abang, adik dan mustafa duduk berseronok dengan ummi di rumah sepanjang abi pergi bekerja. Bermain sepanjang hari. Malam tidur awal kerana masing-masing kepenatan.


Hari ini pagi-pagi lagi abang dah kata nak pergi main di taska pula. Sepanjang cuti ni kerja abang bermain sahaja. Hati ummi pula yang risau bila abang langsung tak tengok buku dan belajar. Tapi teringat pula kata abi... InsyaAllah biarlah dia dengan dunia keseronokan kanak-kanak. Takpelah...yang penting malam-malam mesti mengaji dengan abi.


Keadaan dan suasana dunia hari ini menuntut untuk kita berfikir agak jauh kedepan. Terutama hal yang berkaitan anak-anak.


Abang dah tadika. InsyaAllah malam-malam biasanya ummi akan buka beg sekolah abang. Kalau ada buku bermakna ada kerja sekolah yang perlu disiapkan. Buku-buku cikgu tak bagi bawa balik kecuali yang ada kerja sekolah. Alhamdulillah abang tekun menyiapkan kerja sekolah. Sesuatu yang ummi ingin sangat tahu.. "abang ni dah pandai membaca ke belum..." Bila ummi tanya apa-apa, abang akan bagi jawapan " tak taulah ummi"... geramnye ummi dibuatkan. Alhamdulillah beberapa minggu sebelum cuti abang pun bawa balik kertas-kertas jawapan peperiksaan dan juga buku rekod. Terkejut ummi. Bila pulaklah abang ni periksa. Ummi pula yang rasa bersalah. Rasa macam tak ambil tahu hal anak pula. Tengok buku rekod; abang dapat nombor 6. Alhamdulillah pandai anak ummi... hanya itu yang mampu ummi ucapkan.


Satu malam sebelum tidur, ummi meluahkan apa yang ummi rasa pada abi. Kebimbangan ummi terhadap anak-anak terutamanya abang. Ummi cerita pada abi, kawan-kawan abang ada juga yang dah pandai membaca. Ummi risau abang tak pandai baca lagi. Apa jawapan abi.. abi pula tanya ummi dulu kecik-kecik ummi pandai membaca umur berapa? Entahlah... rasanya dah masuk sekolah darjah 1 baru nak pandai baca. Ummi tak pergi pun sekolah tadika. Emak yang ajar ummi menulis di rumah. Jadi, abi pun memberi nasihat yang amat menyenangkan hati ummi. Sebenarnya persekitaran kita yang banyak mempengaruhi kita berfikir. Tengok orang tu, kita nak jadi macam orang tu. Tengok orang ni kita nak jadi macam orang ni. Kesimpulannya biarlah kita sentiasa menjadi diri kita. InsyaAllah Allah dah tentukan sesuatu yang lebih baik untuk kita.


Abi bercerita pula tentang anak stafnya di ofis yang sudah sangat lancar membaca surat khabar. Umurnya lebih muda dari abang. Memang sangat teruja mendengarnya. Tapi biarlah abang pandai membaca pada tahapnya. Kata Abi bila dia boleh membaca lebih awal... lebih cepat untuk dia meng'explore' segala benda lain. Takut-takut kita yang tidak mampu mengawalnya. Biarlah dia pandai mengaji dulu. Biarlah dia lebih pandai membaca Al-Quran dahulu dan itu lebih penting. InsyaAllah... ada benarnya kata-kata abi tue.

MUTIARA UNTUK IBU BAPA:

Pada peringkat umur dua hingga lima tahun, ibu bapa seharusnya mengambil peranan menerangkan kepada anak-anak tentang kebenaran dan kesalahan tanpa mengira masa dan keadaan. Usah biarkan sahaja kesalahan yang dilakukan semata-mata menganggap anak itu masih kecil. Pada usia begini juga, Islam menyeru ibu bapa menekankan:

1. Pendidikan iman dan akidah kerana anak-anak sentiasa tertanya-tanya tentang Tuhan dan gambaran kewujudannya.
2. Mengasuh mereka mencintai Al_Quran
3. Mengasuh mereka mencintai Nabi dan para Sahabat.
Rujukan: Buku Begini Sayang- Mohd Hisham Mohd Sharif dan Hasifah Zainuddin
Terbitan: Galeri Ilmu.

InsyaAllah sudi-sudilah berkongsi pandangan dan pendapat selok belok untuk membesarkan anak-anak.
Semoga anak-anak yang disayangi membesar menjadi anak-anak yang soleh solehah... anak-anak yang hebat ilmu dunia dan akhirat mereka.

Tuesday, December 6, 2011

DARI DAPUR KECIL UMMI (2)


BUBUR ASYURA (RESEPI EMAK)


Inilah antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bubur asyura.
InsyaAllah ini resepi mudah dari emak saya.

4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
(tumbuk atau hiris)

1/2 biji bawang besar
(hiris)

2 biji kentang
1 biji lobak merah
(potong dadu)
kalau ada ubi-ubi pun bolehlah campur sekali

Ayam / daging / udang /
sebaiknya jangan campurkan haiwan darat dan air

2 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma adabi

beras lebih kurang 1 cawan

pelbagai jenis kekacang:
2 sudu besar kacang hijau
2 sudu besar kacang merah
2 sudu besar kacang dhal
 2 sudu besar kacang tanah
2 sudu besar kacang merah besar

1/2 kotak kecil santan


Cara nak masak:

1) Rebuskan semua kekacang, beras, kentang dan lobak di dalam periuk. Masukkan juga atau ayam atau daging. Jika menggunakan udang, masukkan udang apabila bubur hampir masak.
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia bersama rempah kurma dan rempah sup.
3) Setelah bahan rebusan menjadi agak empuk, masukkan bahan tumisan ke dalam periuk bahan-bahan yang direbus tadi.
4) Setelah bubur hampir masak barulah dimasukkan santan, gula dan garam secukup rasa.
5) Bubur yang telah siap di masak bolehlah ditaburkan dengan daun bawang dan bawang goreng.



# Bubur ini juga sedap dimakan dengan telur dadar dan ikan bilis goreng...







DARI DAPUR KECIL UMMI (1)

KEK 'CARROT' KUKUS


Bahan-bahannya:
1 cawan lobak merah (lobak ni dihiris halus-halus dan celur dalam air panas. Nak senang parut je. Ada orang campurkan epal hijau)
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar kacang walnut hancur (boleh juga campurkan kismis, kurma atau prune yang juga dihiris halus) 
1 sdt garam
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanilla
1 sdt serbuk kayu manis

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul gula bersama minyak (ummi guna blender je... memanipulasi penggunaan blender)
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang
3. Masukkan bahan-bahan kering lain ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati
4. Satukan kesemua bahan (bahan yang dah dipukul tadi masukkan dalam mangkuk)
5. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.
6. Sediakan kukus dan kukus selama lebih kurang 45 minit.

# ni untuk adunan yang sedikit... cukuplah untuk ahli keluarga saya yang beberapa orang ni. Yang banyak makan saya dan MUSTAFA yang gembam... Abi makan sedikit. Dia tak boleh terima ada kek "LOBAK". bagi dia lobak tu sayur je. Pelik agaknya bila ada orang buat kek lobak. Abam dan adik pun sama. Padahal anak-anak ummi tu suka je makan lobak. Takpelah simpan dalam peti sejuk tahan lama.

HARI ASYURA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG

Jam menunjukkan pukul 10.15 minit pagi. InsyaAllah beberapa minit yang ada sebelum pukul 11 nanti dapatlah dimanfaatkan untuk mengisi blog ini. Alhamdulillah encik suami telah berangkat ke tempat kerja dan anak-anak pergi ke taska mereka untuk bermain. Pukul 11 nanti perlu menyiapkan Buku Penilaian Kerja Amali Sains. Esok akan pergi bercuti ke Perak...

Alhamdulillah hari ini 11 Muharram 1433.
9 dan 10 Muharram diizinkan Allah untuk berpuasa sunat bersama suami tercinta.


 AMALAN MENGIKUT BULAN HIJRAH:

BULAN MUHARAM
  • 1-9 hb sunat berpuasa
  • 10 hb sunat berpuasa hari Asyura dan:
          - menyapu kepala anak yatim
          - bersedekah kepada fakir miskin
          - bercelak mata pada waktu malam
          - menambah perbelanjaan keluarga
          - memperbanyakkan zikir 

RUJUKAN: BUKU "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT; MODUL FADHU AIN DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT
TERBITAN: TELAGA BIRU

Peristiwa penting pada 10 Muharam
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.a anak yatim
DISALIN DARI: http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/01/hari-asyura-gerbang-bulan-amalan/


Orang-orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharam sebagai memperingati Nabi Musa dan pengikutnya kaum Bani Israel yang diselamatkan Allah dalam peristiwa Firaun dan tenteranya mengejar mereka menyeberangi Laut Merah. Lalu Firaun ditenggelamkan Allah dalam Laut Merah.

Untuk tidak menyamai amalan yang dilakukan oleh Bangsa Yahudi itu,  kita bolehlah berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam @ 10 dan 11 Muharam @ 9,10, dan 11 Muharam...

Dan bersempena Hari Asyura ini juga kebiasaannya banyak masjid dan kampung yang akan mengadakan gotong-royong memasak bubur asyura bersama-sama. Walaupun ada sebilangan pendapat yang mempersoalkan tentang bubur asyura ini tak salah kalau kita niatkan ia sebagai satu perkara yang dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan. Lagipun kita disunatkan untuk menyediakan hidangan untuk orang-orang yang berpuasa. 

Sebenarnya menurut cerita ayahanda masa kecil-kecil dahulu, bubur asyura berasal dari peristiwa Nabi Nuh dan kaumnya yang dihanyutkan Allah di dalam bahtera yang dibina oleh Nabi Nuh dalam peristiwa banjir besar yang diturunkan Allah sebagai azab kepada kaumnya yang kufur kepada Allah. Lalu setelah banjir surut bahtera itu tersadai di atas bukit 'Judie'. Kemudian mereka telah menyediakan hidangan berasaskan apa sahaja bahan yang ada di dalam bahtera tersebut yang terdiri dari pelbagai jenis bijirin, gandum dan ubi-ubian.       



Saturday, December 3, 2011

TAHUN BARU DENGAN PENGISIAN BARU

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG.
DEMI MASA.
SESUNGGHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN.
KECUALI MEREKA YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH,
YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN
DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN.
Surah al-Asr: Ayat 1-3

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menjengah dan mengemaskini blog yang kian lama tidak berusik ini. Moga dengan kesempatan yang diberi Allah ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh saya. Azam saya moga pengisian baru ini dapat menyemarakkan lagi usaha dakwah dalam mengembalikan kegemilangan Islam. Segala saranan dan cadangan dari pembaca amat saya harapkan. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi membaca blog saya dan meminta saya mengemaskini blog ini.

Bukan malas atau lupa tetapi masa begitu mencemburui saya. Alhamdulillah dikesempatan cuti sekolah ini saya berusaha juga untuk mengemaskini blog ini dan semoga usaha ini dapat saya teruskan di masa-masa yang ada. Moga Allah mudahkan urusan saya.

"Sampaikan oleh mu walaupun satu ayat"... InsyaAllah moga ia terus menjadi inspirasi kepada saya untuk memenuhi ruang blog ini dengan apa sahaja yang dapat dikongsikan bersama. Allah jua yang Maha Mengetahui segalanya...




Wednesday, March 16, 2011

Cerita Abi (1)



Alhamdulillah... seronoknya hari semalam... sudah lama tidak jalan berdua... selepas menghantar abam, adik & YA mustafa(panggilan adik pada mustafa) kami ke mydin selayang... ummi perlu mencari barang2 skolah... tak lama lagi ummi akan mula mengajar jadi pergi lah cari alat tulis baru... beli juga alat tulis utk abam... lagi pun tahun ni sekali lagi ummi kena pegang kelas... tahun lepas je rehat sikit sbb tidak perlu pegang kelas... jadi naik nie nanti macam yang perlu dibuat utk kelas dan bilik sains... harap2nye cikgu yg gantikan ummi tu dah buat juga skit2 keceriaan utk kelas...seronok bershopping bersama... semuanya dikongsi bersama...


Slps ke mydin kami ke parkson yang terletak di selayang mall... nak cari hadiah harijadi utk emak tersayang... tapi tak jumpa pun vacauum yg dicari... beli mattress utk ummi yg selalu sakit belakang akhir2 nie... tak taulah kenape... semakin berusia ni mcm2 sakit yang datang... sakit tue sebagai ingatan supaya ummi lebih ingat pada Yang Maha Memberi Sakit dan Yang Maha Menyembuhkan... banyak perkara lain yang melalaikan ummi mengingatiNya... tanda Allah sayangkan kita...tanda abi sayagkan ummi gak... terima kasih abi...hehehe beli tue sekejap jer... yang lamanya gi carikan mainan utk abam & adik... peminat hotwheels / matchbox... kami pun dh terminat sama... boleh ingat koleksi yang dah ada/ belum... penangan anak lelaki...esok2 ya mustafa dh besar tak taulah apa plak minat dia..


pergi pula ke tesco kepong... niat sebenarnye nak ke ofis, abi nak kene tandatangan pelbagai dokumen... alhamdulillah, Allah mudahkan... jumpa apa yang dihajati... dapatlah beri mak vacauum baru... jenama pensonic; wet,dry,blow vacauum 3+1 ... kebetulan promoter tu bisu... bersungguh2 dia nak menerangkan kebaikan vacauum tue... siap dia bagitau dia dh bli & guna vacaaum tue... dia risau kami tak faham siap tulis pula maklumat yang hendak disampaikan... Subhanallah... walaupun ada kekurangan tapi dia bersungguh2 untuk menjalankan tugas dia...ambil iktibar dari org2 yg ada disekeliling kita...



Lepas solat di tesco... jam menunjukkan pukul 2.00 ptg... 2.30 abi ada kursus umrah dgn ustaz rozali di ofis putra nilai holiday services sdn bhd... makan pun belum lagi... singgahlah makan nasi lemak + rendang kerang di ikan bakar sekinchan... lambatlah servis dia, padahal minta yg dh tersedia jer... sabar itu sebahagian daripada iman... terkenang org2 jepun yang ditimpa bencana tsunami dan gempa bumi tu... berebut cari makanan/ kumpul makanan... alhamdulillah selesai makan ummi teman abi kursus umrah... sebenarnya bukanlah kursus sgt,cuma taklimat dan perbincangan perjalanan umrah dan ziarah di tanah suci nanti.

Tolong promote... Putra Nilai Holiday Services Sdn Bhd (Putra Nilai)merupakan sebuah agensi pelancongan dan pengembaraan Bumiputera yang berwibawa dan berpengalaman untuk memenuhi permintaan para pelanggan korporat, badan kerajaan serta persendirian. Putra Nilai komited dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti dan profesional untuk program-program berikut:

Perkhidmatan Pakej Haji & Umrah
Pakej Pelancongan Domestik (Inbound)
Pakej Pelancongan Luar Negara (Outbound)
Agensi Pengembaraan & Tempahan Tiket (Ticketing)
Perkhidmatan Pengangkutan; Bas & Limosin

Tuesday, March 15, 2011

Cerita Adik (1)

Alhamdulillah... adik meniti usia 3tahun pada 12 mac yang lalu. Dah besar anak ummi abi ni. Tak boleh nak dukung2 lagi... kene jalan. Dah besar, dah tak larat abi nak dukung... semoga adik jadi anak yang soleh, anak yang baik, yang sentiasa menyayangi ummi dan abi... adik pandai mengambil hati ummi... ummi saaayang adik..

Tahun nie pecah rekod...dua kek hari jadi adik... satu dari atuk khalid dan wan sarah sebiji lg dari ummi dan abi... kebetulan ada di seremban masa tue... biasalah kat rumah atuk ada macam2 makanan... mmg wan dah sediakan mcm2 utk cucu2 dia... kat rumah atuk zainal dan wan zainab pun sama... wan2 ni juga rajin sangat2 memasak... cakap je nak makan ape...

Kek satu lagi makan di rumah atuk zainal & wan zainab... berebut2 makan dengan akmal & aiman... semua berebut nak ben10 tue...


sedar tak sedar dah 3 tahun umur adik... dah 1tahun juga sejak adik kene sakit kulit... Ya Allah jauhkan anak2 ummi dari penyakit yang memudaratkan mereka... ummi tak sanggup melihat anak2 ummi sakit macam tu lagi...izinkan anak2ku membesar dengan sihat menjadi anak2 yang cergas dan cerdas....




Monday, March 14, 2011

Rindu ummi....


Mmmm... rindunya pada Mustafa...Hari pertama mustafa di taska bersama abang2nye... InsyaAllah ummi nak cuba biasakan mustafa dgn org lain... risau klau2 dh stat mengajar nanti susah plak nak tinggalkan dia... lg pun ada keje2 thn lepas yg ummi kene siapkan sblm kembali ke skolah... insyaAllah, dah dpt siapkan separuh kerja2 ummi... tapi ummi asyik teringat mustafa jer... sllunye dgn ummi time nie dh bgn tdo... tgh main2 dgn ummi... nie mustafa tgh wat pe agaknye... pg2 td sblm gi taska ummi dh pesan pd abang mesti tgk2kan mustafa... alhamdulillah mustafa dkurniakan abg2 yang penyayang & mengambil berat.. ummi mesti yakin dengan Allah... insyaAllah moga Allah pelihara anak2 ummi...

Mustafa tgh batuk sekarang...berjangkit dari abang2lah tue... sian tgk dia batuk... tp kelakar jugak... di penghujung batuk dia mesti macam mengeluh dgn batuk dia... comel jer bunyi dia... seperti biasa abi amik ubat homeopathy dr doc. aisyah... alhamdulillah dh kurang... kahak dia pun sllu kluar sendiri, insyaAllah kesan penggunaan ubat.. Ya Allah moga cepat sembuhkan mustafa...



Sunday, March 6, 2011

Menjalin kasih d ICE ROOM...

(gambar dari google)
InsyaAllah... sepanjang cuti nie ummi seronok masak di rumah... mmg azam pd tahun nie, ummi mesti rajin memasak... tp insyaAllah mengikut perancangan dan telah dipersetujui oleh abi, 2 kali dalam sebulan kami sekeluarga boleh makan diluar untuk mencuba tempat2 makan baru... selain tue dapat bawak anak2 jalan2 sambil makan2... dan lokasi yang telah dipilih pada petang sabtu yang lalu ialah ICE ROOM kota damansara... ummi tau tmpt makan nie dari majalah anis bulan lepas dan bulan nie... ice room kota damansara nie satu2nye francais ice room yang dimiliki oleh org islam iaitu Datin Faridah Kasim dan suaminya Datuk Razali Mohd Daud.. insyaAllah semua produknya halal... terletak betul2 dihadapan giant kota damansara kat di The Strand... pas tue kt dalam kafe nie ada playground... mmg kitaorg duk btul2 depan playground tue kt tingkat2...ada lif so x de masalah nak bawak mustaffa dalam stroller...

abam dan adik sambil makan sambil main lah...seronok btul diaorg... ummi order spaghetti lamb and black papper sauce, simple tapi sedap dan dihabiskan oleh abam n adik...pedas tapi diaorg sukalah, boleh tambah menu untuk ummi masak kt rumah... abi order nasi goreng (yg sgt sedap rasanye... ada udang fresh, banyak plak tue), bg idea jugaklah utk ummi tukar2 menu nasi goreng... nasi nie pun berebut2 abi makan dengan abam...pastue abi nak ice cream mango... abi 'belasah' makan ice cream sementara x de show...ummi nak ice cream tropical fruit- campuran buah2an...merangkap adik punyelh nie...(nie rasanya ice cream plg best kt cni sebab ada mcm2 rasa pada ice cream tue) dan abam nk ice cream strawberry yg ummi kene habiskan.. so far servis dia agak lambat... tp sebab dia serve ice cream dlu so kitorg sibuk mkn ice cream je lah... pandai abam n adik nak tukar2 ice cream tue... so smua dpt rasa semua jenis ice cream yg di order... secara x langsung mengeratkan lg kasih sayang...makan kt cni kitaorg rasa mahallah jugak,tp berbaloi sebab semua sedap2... lgpun x perlu order banyak2...just apa yg diorder tue dikongsi bersama insyaAllah itu lbh berkat, drpd order banyak2 n macam2 pastue x abis, kan dh jd membazir... alhamdulillah kami pulang dgn gembira... trus blk rumah sbb masing2 dh penat bermain dan dh mngantuk... hujan plak tue... best nyer nk tdo...ops lupe citer mustafa... spjg waktu mkn tue, mustafa tdo dengan lenanya dalam stroller dia slps kenyang minum susu...ummi dptlh mkn dengan tenangnyer...

Friday, March 4, 2011

Permata hati ummi dan abi



Anak-anak adalah amanah Allah... sejauh mana kita benar2 menjaga amanah dari Allah ini...? ummi terjumpa tips yang sangat bermanfaat nie, kita syer sama2 yer...

1. Mulakanlah hidup anak kita dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak kita pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak kita dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak kita berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

5. Janganlah mengharapkan anak kita yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila kita berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah kita mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak kita, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak kita setiap kali mereka memerlukannya.

10. Tunjukkan kepada anak kita bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan kita suami isteri.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak kita. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak kita tidur tanpa ciuman selamat malam,

17. Terimalah yang kadangkala kita bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang akita pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.. Anak-anak kita mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri

Tuesday, March 1, 2011

Ku rusuk kirimu...



Jiwang nyer tajuk.... gitulah kehidupan....

Alam berumah tangga merupakan sebuah alam yang begitu sukar digambarkan dengan kata2... adakalanya ia menceriakan... dan datang waktu ketikanya ia mendukakan... tapi semua itulah yg mewarnakan alam ini... keceriaan dan kedukaan itulah yang menjadi penyeri dalam rumah tangga... x semestinya kedukaan itu menyakitkan... banyak perkara yg mendukakan itulah yg menjadi rencah kebahagiaan... kunci utamanya adalah persefahaman... mana taknya... bila kita berduka... bila kita sedih... nanti ada orang pujuk... kan seronok bila kita blh berterus terang dan berkongsi masalah kita dgn org lain...

Subhanallah... Maha Suci Allah.... Kalau kita kaji diri kita dan pasangan kita...sifat2 yg ada pada kita...dibandingkan dgn perangai yg ada pd pasangan kita... pasti kita dapat melihat dan merasai bahawa kita dan pasangan hidup kita itu Allah jadikan sangat berbeza... perbezaan inilah sebenarnye yang menjadi pelengkap dalam menjalani kehidupan berumah tangga yang penuh dugaan ini... kan bosan kalau semua perkara adalah sama...

Dan lagi sebenarnya bila dh berumah tangga.. sbnrnya bermaksud kita telah bersedia utk menerima seadanya siapa pasangan kita... klau ada perkara/perangai pasangan yg x dpt kita terima cuba kita beri teguran secara berhikmah... klau dia sukar utk berubah kita beri peluang, ruang dan masa utk dia berubah...

Kehidupan berdua tak sama setelah kehadiran anak yang menjadi penyeri dan pengikat kasih syg... kehidupan beranak seorang x sama dengan orang yang ada 2/3/4.... org anak... dan setiap org anak sudah pasti tidak mmpunyai sifat / perangai yg sama...dan ada waktu anak2 menjadi dugaan yg besar buat ummi dan abi...emak abah... ibu ayah... mama papa... disinilah pentingnya persefahaman antara kita dan pasangan...

Tugas menjaga anak2 tidak seharusnya terbeban dibahu seorang isteri atau seorang ibu semata-mata...9bulan lamanya ibu mengandung... bertarung nyawa untuk melahirkan suatu anugerah yang x ternilai harganya... dan ayah takkan hanya mampu memandang tanpa ada sekelumit kasihan untuk sama2 menjaga... mendidik... dan menyayangi sebagai tanda menghargai pengorbanan besar seorang insan yang bernama isteri... mmg tugas ayah banyak diluar rumah mencari rezeki... tapi bagaimana pula kalau ibu boleh juga bekerja membantu ayah mencukupkan keperluan hidup... dalam masa yang sama mampu menjaga anak2.. siapa pula yg harus membantu klau bukan si ayah... jangan sampai anak2 menuntut hak mereka di akhirat nanti kerana kita x mampu menjalankan amanah Allah terhadap mereka... atau lebih buruk di dunia lagi kita mendapat balasannya bila anak2 tidak mempedulikan kita setelah mereka dewasa... bukan mereka yang harus dipersalahkan jika itu yang telah mereka terima... Nauzubillahimin zalik.... "Ya Allah jadikanlah anak2 ku anak yang soleh... yang akan mendoakan ummi dan abinya setelah kami tiada di dunia ini..."

Biarlah walau sesingkat waktu yang ada utk bersama anak2... tapi waktu yg sedetik itu menjadi sesuatu yg memberi kesan di dlm hati mereka... janganlah waktu yg sedikit itu menjadi medan kemarahan kerana kenakalan anak-anak...YaAllah jadikanlah ummi dan abi hamba yang sentiasa sabar dan redha dalam melayari kehidupan kami... jadikanlah cinta yang engkau anugerahkan di hati kami cinta yang suci dalam mengharap cintaMu...

Sunday, February 27, 2011

Ummi dah kembali...

Alhamdulillah... seronok rasanya dapat kembali semula ke rumah setelah sebulan setengah berpantang kt rumah mak di melaka... insyaAllah kembali bersedia menguruskan kehidupan rumah tangga dengan tambahan seorg lg pejuang baru... MUHAMMAD MUSTAFA...



Masa ummi taip blog nie, sebelah tangan sedang menghayun buaian... actually dah masuk 2minggu ummi balik gombak. Tapi macam2 problem... netbook nak kene format semula.. modem plak diserang virus.. alhamdulillah semua dh ok... nie tinggal berdua jer kat rumah.. abam & adik ikut abi ke karnival Maher Zain Live in Concert... masa konsert hari tue pun semua pergi... musatafa pun tengok show abi untuk pertama kalinya... tapi x dpt duk lama2 dlm stadium tue... sian kat mustafa, sound dia power sgt...risau plak ada kesan pada telinga nanti...

cerita pasal konsert MZ nie... tahniah buat abi, inteam... dan semua yang terlibat... berbulan lamanya masa yang diambil untuk merealisasikan 1st projek inteam nie... ummi & anak2 terpaksa merelakan semua tugasan abi... keluar pagi2... balik pun dah pagi semula...ada masa tue kadang2 rasa nak merajuk gak, tapi mcm x sampai hati... semoga segala usaha diberkati Allah... walaupun banyak dugaannya... InsyaAllah itu semua menjadi pengalaman berharga dalam meneruskan kerjaya... nampaknya musatafa dah memeberikan isyarat laparnya... stoplah dulu yer..