RSS
"asas ukhwah adalah cinta dan asas cinta adalah keimanan kepada Allah.. itulah yang membuatkan manusia sentiasa tenang dan senang....."
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

DARI DAPUR KECIL UMMI (2)


BUBUR ASYURA (RESEPI EMAK)


Inilah antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bubur asyura.
InsyaAllah ini resepi mudah dari emak saya.

4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
(tumbuk atau hiris)

1/2 biji bawang besar
(hiris)

2 biji kentang
1 biji lobak merah
(potong dadu)
kalau ada ubi-ubi pun bolehlah campur sekali

Ayam / daging / udang /
sebaiknya jangan campurkan haiwan darat dan air

2 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma adabi

beras lebih kurang 1 cawan

pelbagai jenis kekacang:
2 sudu besar kacang hijau
2 sudu besar kacang merah
2 sudu besar kacang dhal
 2 sudu besar kacang tanah
2 sudu besar kacang merah besar

1/2 kotak kecil santan


Cara nak masak:

1) Rebuskan semua kekacang, beras, kentang dan lobak di dalam periuk. Masukkan juga atau ayam atau daging. Jika menggunakan udang, masukkan udang apabila bubur hampir masak.
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia bersama rempah kurma dan rempah sup.
3) Setelah bahan rebusan menjadi agak empuk, masukkan bahan tumisan ke dalam periuk bahan-bahan yang direbus tadi.
4) Setelah bubur hampir masak barulah dimasukkan santan, gula dan garam secukup rasa.
5) Bubur yang telah siap di masak bolehlah ditaburkan dengan daun bawang dan bawang goreng.



# Bubur ini juga sedap dimakan dengan telur dadar dan ikan bilis goreng...







DARI DAPUR KECIL UMMI (1)

KEK 'CARROT' KUKUS


Bahan-bahannya:
1 cawan lobak merah (lobak ni dihiris halus-halus dan celur dalam air panas. Nak senang parut je. Ada orang campurkan epal hijau)
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar kacang walnut hancur (boleh juga campurkan kismis, kurma atau prune yang juga dihiris halus) 
1 sdt garam
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanilla
1 sdt serbuk kayu manis

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul gula bersama minyak (ummi guna blender je... memanipulasi penggunaan blender)
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang
3. Masukkan bahan-bahan kering lain ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati
4. Satukan kesemua bahan (bahan yang dah dipukul tadi masukkan dalam mangkuk)
5. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.
6. Sediakan kukus dan kukus selama lebih kurang 45 minit.

# ni untuk adunan yang sedikit... cukuplah untuk ahli keluarga saya yang beberapa orang ni. Yang banyak makan saya dan MUSTAFA yang gembam... Abi makan sedikit. Dia tak boleh terima ada kek "LOBAK". bagi dia lobak tu sayur je. Pelik agaknya bila ada orang buat kek lobak. Abam dan adik pun sama. Padahal anak-anak ummi tu suka je makan lobak. Takpelah simpan dalam peti sejuk tahan lama.