RSS
"asas ukhwah adalah cinta dan asas cinta adalah keimanan kepada Allah.. itulah yang membuatkan manusia sentiasa tenang dan senang....."
Showing posts with label ummi dan sekolah.... Show all posts
Showing posts with label ummi dan sekolah.... Show all posts

Monday, January 9, 2012

KERJA DAN TERUS BEKERJA...

DENGAN NAMA ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG


Alhamdulillah... minggu pertama persekolahan telah pun dilalui dengan jayanya. Penatnya rasa banyak sangat kerja nak disiapkan di awal tahun. Hari pertama sekolah bermula dengan pengurusan kelas. Tahun ini mengajar tahun 5. Semua muka-muka yang dikenali. So ummi dah faham perangai diaorang sebab masa tahun lepas ummi mengajar semua kelas tahun 4. Jadi tahun ini walaupun murid bertukar-tukar kelas ummi tetap dah masak dengan perangai diaorang semua. Dari yang banyak cakap, malas datang sekolah, yang rajin-rajin, yang malas buat keje. Semua ummi ingat. Maaflah ye anak-anak cikgu semua.

Sebenarnya pagi-pagi hari pertama lagi dah ada orang dari Pejabat Pendidikan Daerah datang melawat suasana di sekolah. Kelam kabut juga kami masuk ke kelas masing-masing. Guru Besar pun bagi 2 minggu untuk siapkan buku ringkasan mengajar. Rancangan harian dah siap cumanya adalah maklumat-maklumat lain yang tidak diisi. Ramai yang kene "cikgu belum bersedia untuk menjalankan tugas"... tapi alhamdulillah bagus juga orang PPD tu datang sebab kami semua terus siapkan semua keje lepas tu.

Tahun ini dapatlah ummi mengajar satu kelas Tahun 6. Risau juga untuk terjun ke dunia UPSR. Alhamdulillah peratus Sains UPSR pada tahun lepas meningkat dari 85% pada tahun 2010 kepada 95%. Kami gembira dengan peningkatan itu cuma ianya adalah sesuatu angka yang menggerunkan ummi. Apa yang akan berlaku pada tahun ini? Pastinya hanya Allah yang mengetahuinya. Moga Allah berkati hasil usaha kerja keras kami guru-guru tahun 6 pada tahun ini.

Apa pula cerita anak bujang ummi yang seorang tu. Abang Solahuddin masih bersekolah di Taski Sri AlHuda. Kelas 6 tahun tapi dia kata dia tahun 6. Ape-apelah ye abang. InsyaAllah azam si abang pada tahun ini abang nak pandai membaca. Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk abang ye. Bila balik rumah ada sahaja cerita yang hendak diceritakan pada ummi. Semakin pandai mengurus diri dan rajin menjaga adik-adiknya. Semoga menjadi anak yang soleh ye sayang........

Pada tahun 2012 ini juga nampaknya inteam semakin sibuk. Awal-awal lagi insyaAllah abi dan inteam dah ada perancangan untuk ke Pesta Buku Mesir. Dan ada juga perancangan untuk menunaikan umrah selepas itu. InsyaAllah niat yang baik harus diteruskan. Sebenarnya sebelum ini ada perancangan untuk ke UK. Tapi ditunda agaknya ke tahun hadapan. Jawapannya ummi akan ditinggalkan lama bersama anak-anak tersayang pengubat hati ummi. Pergilah abi sayang. Memang kalau ditanya, mulut akan berkata pergilah. Abi bukan pergi buat perkara tak baik. Abi pergi ke negara dimana jasad Saidina Hassan dan Imam Asy-Syafie dikebumikan. Bumi yang penuh barakah. Bumi yang terkandung padanya khazanah ilmu. Tapi hati tetap menahan sendu. Biasalah fitrah seorang wanita, seorang isteri. Tapi bak kata orang tua-tua Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Orang tua manalah yang cakap macam tu kan abi... Pergilah. Peluang yang baik tidak datang selalu. Bila ia datang rebutlah sebaik mungkin. Bagaimana keadaan di Mesir sana ya? Masih bergolak lagikah bumi Musa dan Harun itu?

Cairo International Book Fair 2012 ; 24 Januari - 6 Februari 2012
http://www.cairobookfair.org/default_en.aspx

Tuesday, January 3, 2012

MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU

DENGAN NAMA ALLAH MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG

Si Pegar

Pasti kita biasa dengan pepatah melayu ini:
"HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI"

Pernah tak kita terfikir macam mana pagar makan padi. Sebagai seorang pelajar satu masa dahulu, ummi pernah terfikirkan hal ini...tetapi ianya berlalu begitu sahaja. Tak terfikir untuk bertanya kepada orang-orang yang lebih arif. Tetapi setelah ummi terjumpa blog "Kisah Seorang Budak U"... barulah ummi menemui jawapannya...

Sebenarnya: HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI
Kesalahan berlaku semasa penukaran tulisan jawi ke tulisan rumi. Disebabkan satu huruf rupa-rupanya selama hari ini kita belajar sesuatu yang salah dan tidak siapa yang membetulkannya. Malunya kita kerana orang dari negara lain iaitu seorang budak Brunei yang membetulkannya dan memberitahu kepada kita.

PEGAR http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar adalah sejenis haiwan kawalan biologi dalam pertanian sawah padi. Jadi dalam pepatah melayu tersebut burung ini menjadi harapan kepada pesawah padi untuk menjaga padi-padi mereka dari di makan oleh haiwan perosak seperti tikus. Tetapi burung pegar ini pula yang makan padi-padi mereka.

Begitu juga dengan "MELEPASKAN BATU K DI TANGGA"
Sebenarnya " MELEPASKAN BATOK DITANGGA"



BATOK adalah dari perkataan jawa yang bermaksud tempurung. Sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna.

Jom sama-sama baca blog ni : http://bedaduz2.blogspot.com/2011/12/harapkan-pegar-pegar-makan-padi.html

Di sekolah-sekolah kita sibuk dengan MBMMBI (MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU, MEMPERKUKUHKAN BAHASA INGGERIS) yang dalam proses menggantikan PPSMI. Inilah masanya untuk kita betul-betul memartabatkan bahasa ibunda kita. Dari zaman ummi sekolah sampailah ummi dah jadi cikgu sekolah, Bahasa Melayu ni selalu berubah-rubah. Tidak ada ketetapan dalam tatabahasa. Lepastu selalu juga bertukar-tukar sama ada Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia. Cuba tengok Bahasa Inggeris tak ada pula bertukar-tukar. Kenapa ye jadi macam tu? Janganlah kita sibuk dengan hal yang remeh-remeh tapi banyak lagi perkara yang lebih besar yang perlu diberi perhatian. Dan yang paling penting jangan sampai kita tersalah memberi ajaran.So rakan-rakan guru sekalian jomlah kita belajar sebelum kita mula mengajar...

Thursday, April 22, 2010

MAAF DARI KU...

Terima kasih buat yg sudi singgah di blog ini... apa yg baik jdkan teladan... yg buruk jdkan sempadan... maaf dipinta... x sempat lah nk update blog... insyaAllah jika ada kesempatan akan di update segala2nye... terlalu sibuk rupanya tugas seorang guru kerdil ini... jgnlah kata lg keje cikgu mudah... cuti banyak... sekarang nie keje cikgu banyak jer waktu bekerja 7hari seminggu...ok x leh lelama... kije banyak lg menunggu...

Tuesday, April 13, 2010

DIET.... DIET....DIET...

Mmmm... x taulah kenapa nak letak tittle tue... semangat kepada diri sendiri... teringat pesan abi; nak diet boleh tp kesihatan kene jaga... makan sikit tapi kerap... hari tue dah darah rendah... doktor dh pesan jgn lewat makan & jgn bg perut kosong... ckp psl makan jap lg nak masak... masak ape hr nie? ohooo... masak asam pedas utk abi... abi punye makanan kegemaran...

mmm... x dpt nak update blog nie hari2... takpelah yek... kene siapkan keje2 yg ada baru blh ngadap... bilalah nak habis buat keje2 nie kan... siap satu dtg plak yg lain... yg dh memang ada tue pun x siap2... keje2 yg seterusnya adalah menyediakan bahan untuk aktiviti puteri islam esok... kalau ikut perancangan esok tajuk berkaitan remaja... rasa cam nak tangguh tajuk tue... nak suruh org lain yg bagi ceramah... so esok nak buat ape?... nasyid dan indoor games... ke nak masak? nak masak kene bgatu awal2 supaya diaorg boleh prepare bahan... confirm nasyid + indoor games... habis cerita...

lg keje ape... meeting 2 panitia... esok kene rancang agenda, isnin depan boleh meeting... oklah... stop setakat ini... nak masak... solat asar... amik anak... berehat...

Wednesday, March 24, 2010

RINGKASAN CERITA BEBERAPA HARI LALU...

uish... punyelah x sempat nak tulis dlm blog kene tulis ringkasan utk beberapa hari lalu...
tangan ummi pula semakin teruk... malu kt org... duk memerap kt pusat sumber, kacau kak aishah buat keje... wah, kak aishah semakin maju... dh ada blog sdiri.. ummi tlg buatkan... mcm terer je.. berbalik kepada tangan yg sakit... x taulah bila nk elok... abi kata sbg kifarah dosa2 ummi... kita x sedar apa dosa yg kita buat...jd bila sakit kita lbh banyak ingt pd Allah... banyakkan istighfar agar dosa diampunkan...

klau tgk pada jari nie... satu dh elok tinggal 2 jari lg, jari manis dan anak jari.. ummi membuat kesimpulan sendiri, jari manis tue kan tempat kita sarungkan cincin perkahwinan, jadi sbg peringatan ummi perlu memperbaiki lg diri ummi sbg isteri... ada perkara yg perlu ummi muhasabah semula diri ummi dlm menguruskan rumah tangga... anak jari pula pada pendapat ummi, ummi perlu lbh bnyk perhatian pd hero2 ummi tue... mgkin ummi terlalu sibuk dgn kerje.. x de masa nk main dgn anak2... ummi kene berlatih main bola sbb anak2 ummi suka main bola... dan ummi kene blajar bawak keta sebab anak2 ummi suka jln2 naik kereta... xbolehlh nk tgu abi jer...

hari selasa mlm 2 minggu sekali ummi kene pergi sekolag... ada kelas mlm untuk 20 org murid harapan 5A upsr... ummi x boleh tulis... ummi tulis kt board guna tgn kiri... nasiblah anak2ku... ntah faham ntah tidak... mesti budak2 nie pelik tgk cikgu tulis tgn kiri... ringkasan mengajar pun terpaksa ditaip dan ditepek dlm buku... x pelah bos ye.. skali skala bkn sengaja... yg penting tugasan siap..