Teringat saat-saat kelahiran Mustafa, seorang bayi comel seberat 3.9 kg menyebabkan ummi rasa serik sehingga kini. Mustafa dilahirkan secara normal. Masa sakitnya tidak lama tetapi saat nak melahirkan memang sangat sakit. Ditambah kelahiran Mustafa tanpa kehadiran doktor yang sepatutnya menyambutnya. Doktor turun minum sekejap tapi nurse yang tidak dapat mencari doktor. Bila doktor sampai segalanya sudah selesai dan doktor hanya menjahit luka ummi. Segalanya telah ditulis oleh Allah dalam takdir Muhammad Mustafa. Ya Allah. Ampunilah dosa-dosaku. Segala kesakitan itu hilang tatkala melihat dirimu membesar dengan sihat.
Diambang usia 1 tahun, Muhammad Mustafa di serang sakit kulit. Ummi dah mula cemas. Tak tentu arah rasanya. Fobia teringatkan keadaan menjaga adik dan abang yang diserang sakit kulit dua tahun lalu. Mujur ada Abi yang sentiasa tenang dan menenangkan ummi. Mustafa dijangkiti di taska dari seorang baby. Baby tersebut sakit di keseluruhan badannya tetapi Mustafa hanya di tangan kirinya. Sabarlah wahai ummi. Allah beri sedikit sahaja ujian pada ummi. Kenang kembali kisah nabi Ayyub yang diserang penyakit kulit di seluruh badannya bertahun-tahun lamanya. Subhanallaaaah... Kematian anak-anak, kehilangan harta. ditinggalkan oleh isteri-isterinya. Istighfar sebanyak-banyaknya kerana pasti ada salah silap kita pada yang Maha Pencipta.
Pada petang itu juga, kami berlima berangkat ke lapangan terbang Subang untuk menunaikan janji ummi dan abi kepada abang Solahuddin juga sebagai hadiah hari lahir untuk Mustafa (macam faham je Mustafa tu) Kami ke lapangan terbang dengan dihantar oleh En Fairus; PR inteam. Tiba di lapangan terbang sudah pun waktu Magrib. Selesaikan Solat yang wajib; Maghrib dan jama qasar Isya'. Waktu penerbangan kami dengan Firefly pada jam 8.30 malam. Alhamdulillah keadaan tenang di sini. Tak ramai sangat orang kalau nak dibandingkan dengan LCCT. Sebab tulah tidak boleh nak naik Air Asia. Ditambah lagi dengan keaktifan adik Saifudin yang sangat suka berlari ke sana sini. Tidak kisah jatuh beberapa kali. Terima kasih abi. Barulah ummi faham. Memang abi dah fikirkan semuanya. Kalau ikutkan penerbangan Firefly, duit tiket tu boleh dapat tiket pergi dan balik naik Air Asia. Takpelah belanja lebih sedikit untuk keselesaan anak-anak.
Yang sangat teruja naik kapal terbang pastilah abang Solahuddin. Bising je mulut dia bertanyakan bila kapal terbang tu nak bergerak. Lambat pula ye. Ummi takut... huhuhu... Kapal dah mula bergerak tangan ni pun mula pegang kerusi depan kuat-kuat. Abang Solahuddin masih tak sudah-sudah dengan pertanyaannya. Mulut ummi dah kumat kamit berselawat sebanyak-banyaknya diiringi doa. Terasa betul naik Firefly ni disebabkan kapalnya yang agak kecil. Bila terlanggar awan terasa macam naik kereta bila langgar lubang. Bila nak mendarat lagi satu hal. Tak dapatlah nak dibayangkan. Bila dah sampai tu seribu satu kesyukuran dipanjatkan. Alhamdulillah tercapai hajat abang nak naik kapal terbangkan. Seronok ummi tengok anak-anak ummi bahagia. Mesti janji lepas ni belajar rajin-rajin dan mesti dah boleh membaca.
Terlupa nak cerita seorang budak yang aktif di lapangan terbang tadi; rupanya sama dengan ummi. Diam membisu bila dah naik kapal terbang tu...haha tau takut.
Kami mendarat di lapangan terbang Senai, Johor Baharu. Disambut oleh adik tersayang Nuur As- Saleha dan suaminya En Ruzaini. Bermalam di rumah baru mereka di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram.
Oklah. Esok dah mula sekolah. Nak kene siapkan beberapa kerja. Sambungan Kembara Kami.... (Siri 2) nanti...





No comments:
Post a Comment