RSS
"asas ukhwah adalah cinta dan asas cinta adalah keimanan kepada Allah.. itulah yang membuatkan manusia sentiasa tenang dan senang....."

Monday, December 13, 2010

TIPS MENJIMATKAN ELEKTRIK DI RUMAH

1. Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.

2. kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.

3. Tutup lampu pada waktu siang.

4. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.

5. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.

6. Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.

7. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.

8. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.

9. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.

10. Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.

11. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.

12. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.

13. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.

14. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.

15. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.

16. Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.

17. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.

18. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).

19. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.

20. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.

21. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.

22. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.

23. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.

24. Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.

25. Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.

26. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.

27. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.

28. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.

29. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.

30. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.

31. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.

32. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.

33. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.

34. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.

35. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.

36. Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.

37. Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.

38. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).

39. Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000)

Wednesday, April 28, 2010


Basikal baru utk adik supaya tak berebut lg dgn abg... adik nie tak suka mintak mainan, tp sekali permintaan.... dia sgt demand... takpelah, jarang belikan ape2 utk adik... adik lain sikit perangai dia, dia x heran dgn permainan tp sgt suka main basikal...


ahli bari keluarga besar Haji Zanal Abidin & Hajjah Zainab...tak tau lg nama ape... baby baru kepada adikku Nuur as-Saadah... cucu kedua perempuan mak dan ayah...







Saturday, April 24, 2010

Ragam Anak2 ummi...


alhamdulillah... kek hari jadi utk abg yg telah berumur 4 tahun pd 20 april yg lalu... maaf ummi x sempat2 nk upload... dapat abi sediakan kek ben10 seperti yg abg inginkan... dh lama teringin yek... makan kek dgn kawan2 kt taska... masa besday adik (12 mac) hari tue... adik tgh sakit... x leh makan kek... so saje bli kek besday yg besar.. syer utk abg dan adik... semoga dua2 anak2 ummi jd anak yg soleh... yg baik, rajin... dan semua2lah yg baik tue..


anak ummi dah besar =))... nape ntah... setiap kali senyum x leh bukak mata tue...


bersungguh2 membaca doa sblm makan... adik tue abg x abis baca doa lglh... x sempat2 nak makan... sedap sgt mee goreng ummi yer...


adik naik basikal besar... abg lah beralah naik basikal kecik... sian abg ye... anak yg baikkan...


abang yg sentiasa mendahulukan keinginan dan keperluan adiknye..

Thursday, April 22, 2010

MAAF DARI KU...

Terima kasih buat yg sudi singgah di blog ini... apa yg baik jdkan teladan... yg buruk jdkan sempadan... maaf dipinta... x sempat lah nk update blog... insyaAllah jika ada kesempatan akan di update segala2nye... terlalu sibuk rupanya tugas seorang guru kerdil ini... jgnlah kata lg keje cikgu mudah... cuti banyak... sekarang nie keje cikgu banyak jer waktu bekerja 7hari seminggu...ok x leh lelama... kije banyak lg menunggu...

Tuesday, April 13, 2010

DIET.... DIET....DIET...

Mmmm... x taulah kenapa nak letak tittle tue... semangat kepada diri sendiri... teringat pesan abi; nak diet boleh tp kesihatan kene jaga... makan sikit tapi kerap... hari tue dah darah rendah... doktor dh pesan jgn lewat makan & jgn bg perut kosong... ckp psl makan jap lg nak masak... masak ape hr nie? ohooo... masak asam pedas utk abi... abi punye makanan kegemaran...

mmm... x dpt nak update blog nie hari2... takpelah yek... kene siapkan keje2 yg ada baru blh ngadap... bilalah nak habis buat keje2 nie kan... siap satu dtg plak yg lain... yg dh memang ada tue pun x siap2... keje2 yg seterusnya adalah menyediakan bahan untuk aktiviti puteri islam esok... kalau ikut perancangan esok tajuk berkaitan remaja... rasa cam nak tangguh tajuk tue... nak suruh org lain yg bagi ceramah... so esok nak buat ape?... nasyid dan indoor games... ke nak masak? nak masak kene bgatu awal2 supaya diaorg boleh prepare bahan... confirm nasyid + indoor games... habis cerita...

lg keje ape... meeting 2 panitia... esok kene rancang agenda, isnin depan boleh meeting... oklah... stop setakat ini... nak masak... solat asar... amik anak... berehat...

Saturday, April 10, 2010

Ibu Mertuaku...

Alhamdulillah... dapat posting lg dlm blog nie... nampaknye mlm2 baru leh leh update blog... nie pun sebab tggu abi yg show kat hulu selangor ats jemputan kementerian asas tani... tetiba ada mini MAHA plak kt hulu selangor tue... pg td abi baru sampai dr t'ganu.. mlm dh kene gi show balik... sian abi...

Ptg td mak dan ayah mertua dtg... saje je... mmg dh lama sgt mak ayah x dtg... rindu dgn cuculah tue... hehe dia nak bg rasa rendang ayam hasil peliharaan dia... mak ayah mertua nie dah pencen dr cikgu... so mcm2 keje buat kt rumah tue... tanam sayur, bela ayam... rajin betul... ha banyak btul lauk dia bawak... ayam rendang, my favorite sambal udang, sup ayam ntuk cucu dia, sayur goreng... hehe x yah masak ntuk mkn mlm... tp sianlah... abi x sempat lg makan rendang mak... tgesa2 gi show td... takpe kitaorg dh plan... pg 2 esok mak suruh masak nasi goreng putih... pastue makan dgn rendang ayam yg banyak tue... actually sbnrnye dah beberapa minggu x masak utk abi... kan sakit tgn... bnyk keje rumah abi yg kene buat... ummi buat yg ringan2 je... insyaAllah nie dh ok... esok blhlah rasa nasi goreng ummi... mesti rindukan...

hari nie dah terlebih makanlah... sebenarnye dh bbrp hari x mkn nasi... kunun2 nk diet... rasa ringan ckit bdn nie... tp hari nie dh terlbih mknlh plak... kene start balik semula lah jwbnye... mana taknye... pg td ada program kt sekolah... pas program kene mkn... cam x bestlah plak nak trus blah jer... dah mkn nasi... pastue ingatkan mlm x nak mkn... just nak merasa rendang & sambal udang mak mertua ptg td... tetiba mak mertua ajak temankan dia makan... takkan nk tolakkan... kenelah korbankan diet ku ini... nak jd menantu yg taat=))

bila mak mertua dtg rumah nie... rumah nie confirm kemas sesangat... sbbnye mak seorg yg sgt pengemas & pembersih... klau hari2 lain x sempat nak kemas rumah... bila dgr je mak nak dtg automatik trus ada masa nak kemas rumah... so td blk je dr ckolah... ummi & abi sempatlah kemaskan segla yg berterabur... nasib baik dh blikan abg kotak mainan... biasanye mainan dia yg bersepah kt rumah... dptlah didik dia jd berdisiplin ckit... lps main kene kemas semua mainan... klau tak ummi jual semua mainan tue=)).. bagus ke ugut2 anak nie... tgk keadaanlah kan... mak ayah mertua tdo rumah mlm nie... alhamdulillah bilik utk diaorg kemas sgt.. kalah hotel... insyaAllah ummi sediakan yg terbaik utk sesiapa sahaja yg menjadi tetamu di rumah ini... sudi2lah sesiapa yg nak dtg... dgn syarat kene lah inform awal2... abi sllu pesan... tetamu yg dtg tue bawa rahmat dan rezeki utk ahli2 rumah tue...insyaAllah layanan terbaaik utk tetamu2 ku...

Friday, April 9, 2010

Update blog...

Alhamdulillah... diberi kelapangan untuk mengupdate blog 'kasih ku amanah mu' ini... sekarang pukul 12.30 malam.. td dah tido sekejap, adik dan abang pun dh tido... abi ke terengganu.. actually dh 2 mlm abi xde kt rumah... semalam show and tido di melaka, then pg td flight ke terengganu... InsyaAllah esok tengahari barulah dpt bertemu abi semula... rindu yg tak terkata... nak dijadikan cerita td abi call... dia jumpa cikgu farah... cikgu tue praktikal kt sekolah ummi tahun lepas... rupanye suaminya kawan en hazamin.. sama masa kt uia... keciknye duniakan... tue tak menarik sgt... yg menarik ujian yg dihadapinye... cikgu farah tu posting di kelantan... suaminya di terengganu... anak mereka dh 2org... seorg duk dgn mak seorg duk dgn ayah... jumpa beberapa kali je sbulan tue...tahun lepas lg hebat cerita mereka... cikgu farah di kl, suami di terengganu, anak2 di pahang dengan atuk mereka... benar2 teruji... bersyukurlah kerana kehidupan kita lebih baik dr mereka ketika ini... kan abi...

Kadang2 kita rasa ujian yg kita terima tue dh berat dah... tapi sebenarnye ada org yg lebih berat menerima ujian... Allah mengetahui kemampuan hamba2nya... dia turunkan ujian mengikut kemampuan hamba2nya... sebab tue kene banyak bermuhasabah diri dan bukannya mengeluh dengan apa yg Allah uji... peringatan buat ummi... waktu seketika yg kita ada perlu betul2 dihargai bersama... kesibukan tue perlu diketepikan seketika... tapi ada masanya perasaan tue plak yg terpaksa diketepikan... semua org perlu berkorban untuk mengekalkan kebahagiaan... insyaAllah kita sama2 berusaha menjadi yg terbaik utk keluarga kita... insyaAllah ayang nak jd isteri dan sahabat sepanjang perjalanan hidupmu abang sayang...