Alhamdulillah... artikel nie ummi dapat dari sebuah blog... rasa sayang klau x dikongsi bersama yang lain... baru malam tadi ummi baca buku tentang ' Bagaimana Menjadi Isteri Solehah Dan Ibu Yang Berjaya'... buku nie pun hadiah dari seorang kakak yang juga sahabat baik ummi... isi artikel nie lebih kurang sama dengan apa yang ummi baca mlm td... semoga semua mendapat manfaat yang besar darinya...
Asma' binti Kahariyah Fazari diriwayatkan telah berkata kepada puterinya di hari pernikahan anaknya itu:
"Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.
Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung).
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu.Sekiranya dia menjauhimu,maka jauhilah dia dengan baik.
Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.
Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah ia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu."
Kalau wanita ingin menjadi isteri yang baik, dipihak lelaki juga berhasrat memiliki wanita yang begitu. Mereka (para suami ) ingin benar punya isteri yang menyambut kepulangan dari tempat kerja dengan wajah yang manis dan ceria, senyum menawan, pakaian yang bersih dan wangi dan rumahtangga pula berada dlm keadaan bersih kemas dan terurus. Bila mata sedap memandang, tenang dan damailah hati suami.
Bukan itu saja suami juga bercita-cita memiliki seorang isteri yang boleh menjadi penghibur dirinya, boleh berkongsi masalah dengannya,faham apa yang disenangi,tahu mengambil hati suaminya disamping boleh memberi layanan-layanan yang menyenangkan dan mengembirakan suami. Itulah wanita idaman setiap lelaki. Pendek kata bagaimana lelaki akan dilayan oleh bidadari di syurga kelak begitu jugalah keinginan lelaki berhajatkan layanan dari seorang isteri seorang bidadari rumahtangga. Oleh sebab itu dikatakan rumahtangga ayang bahagia itu ialah syurga tentulah ada bidadarinya. Siapa lagi kalau bukan isteri yang solehah yang layak menyandang gelaran bidadari dunia.
Isteri yang solehah kan berusaha memberi wajah jernih pada rumahtangga. Kasihsayang yang lahir adalah ahasil dari masing-masing hendak mencari keredhaan Allah, bukannya dorongan nafsu semata-mata.Masing-masing suami isteri meletakkan Allah dan akhirat yang lebih besar dan utama.
Iateri yang solehah tidak terasa hina menjadi pelayan suami, malah sebaliknya rasa bangga dan bahagia kaalu boleh melakukan tugas-tugas itu dengan baik dan sempurna. Gembira kerana yakin dengan janji Allah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya,maka Allah mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat seribu darjat baginya."
"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti,Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dangan langit."
"Wahai Fatimah,setiap wanita yang berair matanya ketika memotong bawang untuk menyediakan makanan keluarganya, Allah akan mencatit untuknya pemberian sebanyak yang diberi kepada mereka yang menangis kerana takutkan Allah."
Siapa yang tidak mahu kemuliaan ini hanya dengan melakukan tugas yang ringan?Seorang isteri yang solehah akan sentiasa mencari-cari jalan untuk menyenangkan hati suami dan menutupi ruang-ruang untuk menyusahkan dan mencurigakan suami terhadap dirinya. Dia tidak akan membimbangkan suaminya terhadap dirinya. Maruah dirinya sebagai seorang isteri senantiasa dipelihara dan dijaga kerana itu juga yang menjadi syarat untuk dia mendapat keredhaan Allah dan keselamatan di akhirat nanti.Setiap rumahtangga yang dihuni oleh isteri yang solehah bererti rumahtangga itu telah memiliki perbendaharaan yang termahal di dunia dan di sisi Allah rumahtangga itu mendapat perhatianNya.
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayan suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapan pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."
Isteri solehah biasanya menjadi milik lelaki yang soleh. Tetapi ada juga ketikanya isteri solehah bersuamikan lelaki yang toleh (jahat). Bolehkan kedamaian dan keamanan wujud dalam rumahtangga bilamana suami kufur dengan Allah dan buruk akhlak terhadap isterinya?. Isteri yang menghadapi persoalan begini boleh tertekan jiwanya. Ada yang tidak sabar dengan kerenah suami hingga tidak terfikir cara lain untuk menyelamatkan jalan hidup yang dipilihnya melainkan berpisah saja dari suami.
Dalam hal sebegini, siisteri perlu banyak bersabar dan selalu bermunajat pada Allah. Ingatlah mungkin kesusahan yang kita hadapi adalah ujian dari Allah s.w.t. Ada dua maksud Allah mendatangkan ujian iaitu pertamanya ujian itu didatangkan sebagai penghapusan dosa dan keduanya untuk peningkatan darjat disisi Allah.
Jadi jika kita boleh bersabar maka terhapuslah dosa-dosa yang lalu. Sebaliknya tidak mustahil juga itu merupakan peningkatan darjat dari Allah. Kalau tidak diuji, mungkin hati kita akan terpaut benar dengan suami, menyayangi suami lebih dari Allah. Jadi untuk melihat sama ada kita membesarkan suami atau membesarkan Allah maka Allah timpakan ujian itu. Kalau benar hati sayang dan takut pada Allah tentu isteri tidak teragak-agak untuk bertindak membesarkan dan menyayangi Allah daripada suaminya sendiri.
Ingatlah, sejahat-jahat suami kita, tidaklah dia lebih jahat daripada Firaun, sedangkan isteri Firaun, Siti Asiah boleh bersabar menghadapi kesombongan dan keangkuhan Firaun sehinggakan Siti Asiah disenaraikan oleh Allah termasuk di dalam barisan antara wanita-wanita solehah yang dijamin syurga.
Oleh itu kalau suami kita masih belum diberi petunjuk janganlah kita jemu untuk memujuk dan mentarbiah, berlaku baik dan paling penting mohon dan bermunajatlah kepada Allah agar Allah mengubah hatinya untuk tunduk pada perintahNya.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Wanita yang taat akan suaminya semua burung-burung diudara, ikan-ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana ia (isteri) masih taat pada suaminya dan diredhai (serta menjaga sembahyang dan puasanya)."
rujukan dari laman: http://www.pienotes.blogspot.com/
Thursday, December 16, 2010
Wednesday, December 15, 2010
Nasi Ayam Penyet @ Prima Sri Gombak
Alhamdulillah... kenyang nyer mlm td... dah lama tak makan kat luar dengan abi , abang dan adik... lokasi pilihan mlm td di Restoran Ayam Penyet Best. Restoran tue baru. Saje nak try... tempatnya mmg tenang jer sbb x ramai org...mungkin sbb kitaorg gi tue awal, lps solat maghrib kat rumah trus kluar... tp masa kitaorg dah sudah makan tue makin ramai org yg datang...
sebenarnye ummi tak pernah pun rasa @ makan nasi ayam penyet... so first time rasalah semalam... ada nasi putih, lauk ayam goreng yang sedap (x taulah dia goreng camner)... ada sambal (berapi gak sambal tue, berpeluh2 gak makan sambal dia) pastue ada tahu, tempe dan ulam2an... kitaorg tambah sup kosong sebab rasa cam kering jer... adik dgn abang order air anggur tue... tgk kt gambo menu tue... ummi minum air peach... abi mintak air suam pastue tumpang minum air ummi sebab dia x pernah rasa air peach dan dia rasa air tue sgt sedap... td duk cr resepi nasi ayam penyet... alhamdulillah resepinya boleh didapati di http://www.myresipi.com... insyaAllah lepas bersalin n berpantang nanti leh lah try...

alhamdulillah... dh kenyang makan gi jalan2 cr barang 'dedek' lg... tue lah dia selagi 'dedek' x lahir selagi tue ada je barang x cukup... gi kat manjaku sri gombak tue jer... senangkan...

Labels:
Jalan-jalan Cari Makan
Tuesday, December 14, 2010
Planning jalan2 cuti sekolah....
Ada pameran dinasour dari 1 Disember - 31 Mei 2011... nak bawak abang dan adik gi jalan2 tgk dinasour.... tp sebenarnye ummi yg excited nak gi sebab ummi suka sgt dinasour... padahal mgu dpn je due... secara x langsung ummi dpt exercise... cepat ckit 'dedek' keluar nanti... dua minggu lepas pulun jalan2 kt KL MOTORSHOW kt pwtc... konon nk bawak abang tgk transformers... tp sebenarnye ummi dgn abi yg lebih... sampai abang yg ajak balik dia dh x larat nak jalan...selalunye klau jln2 abang yg x nak balik... klau ada sahabat2 yg nak gi jalan2 nengok dinasour kt pusat sains negara leh lawat laman web http://www.psn.gov.my/.... tiket masuk dewasa RM10, kanak2 RM5... tp klau family 2 dewasa & 2 kanak2 just RM25...
Labels:
Berjalan... Bermusafirlah...
Monday, December 13, 2010
BLOG UMMI YG BERSAWANG.....
ALHAMDULILLAH... diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan mengisi ruangan blog ini semula... saat nie ummi sedang ternanti2 hari kelahiran buat zuriat ke-3... kalau ikutkan due 22/12... ntah nape begitu ternanti2 kelahiran yg ke-3 ni... mungkin sebab cuti sekolah... x de keje sgt yg dibuat... padahal sebenarnye banyak jer keje nak buat...
hari nie awal abi keluar bekerja... 6.45 pg dah anto abang dan adik ke taska... boring sgt duk rumah sorang2... tugasan hari nie bermula kul 10 pagi nanti... operasi mengemas bilik abang... bilik mainan dan bilik bacaan... sgt pening utk kemas semua permainan abg... dah buang yg rosak2 pun rasa mcm banyak sgt lg mainan dia...takpelh tunggulh jap lg... taulah apa ummi nak buat...
Nak citer tentang pregnant... alhamdulillah ramai sahabat seperjuangan kali nie... cikgu2 kat sekolah pun ramai... isteri2 inteam semua tgh pregnant gak... semoga semakin bertambah ummat nabi Muhammad S.A.W... semakin ramai pejuang2 yg akan menegakkan agama Allah... kemunculan khalifah2 yg dinanti yang akan mentadbir dunia ini... sepanjang pregnant kali nie... ummi amik ubat homeopathy... nak diikutkan x perlu pun macam masa mengandungkan abang dan adik... tp bila memikirkan usia yang kian meningkat... kerja2 di sekolah yg semakin banyak... insyaAllah ikhtiar jelah... alhamdulillah mengandung kali nie yg paling x banyak ragamnye... ummi amik produk AS-SAADAH dr doktor aisyah... actually ala2 SALINDAH gak... ada pakej A, B, dan C... dari mula mengandung sehingga waktu berpantang... harga juga berpatutan dan boleh runding klau nak pakej ape je... actually ummi dh guna pakej AS-SAADAH dr waktu berpantang adik... alhamdulillah memang luka cepat elok dan darah cepat kering... siapa yang ada masalah menyusukan baby pun ada penyelesaiannya.... dan buat sahabat2 yang dah lama kawin tapi belum mendapat zuriat.... boleh dapatkan rawatan di klinik dr aisyah... siapa nak no contact dr aisyah boleh dapatkan secara personal dengan memberikan email anda ye....juga boleh tgk web site nie.. http://www.assaadah-draisha.com/

TIPS MENJIMATKAN ELEKTRIK DI RUMAH
1. Lakukan Audit tenaga di rumah. Ini dapat menjamin system pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.
2. kompresor mesti dibersihkan, gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan). Pastikan tumbuhan berada 1 kaki daripada kompresor.
3. Tutup lampu pada waktu siang.
4. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
5. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
6. Set kipas pada penghawa dingin kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat mengstabilkan suhu udara dalam bilik.
7. Adalah penting untuk membeli alat penghawa yang bersaiz betul untuk kegunaan. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/buka secara kerap.
8. Setkan suhu penghawa dingin di antara 24°C hingga 26°C, rendah (24°C) semasa cuaca panas dan tinggi (26°C) pada musim hujan. Gunakan aliran udara semulajadi di mana mungkin.
9. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.
10. Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.
11. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.
12. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
13. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang mengguna 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
14. Koil peti sejuk mesti di vakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
15. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
16. Jangan melebihi muatan peti sejuk, udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan di simpan pada suhu yang betul.
17. Letakkan peti sejuk supaya pintunya akan tutup secara automatik apabila dibiarkan terbuka. Ini akan mengelakkan pembaziran tenaga.
18. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan duit Satu Ringgit dan tutup pintu. Jika duit kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
19. Gunakan kemudahan cuci sendiri oven sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.
20. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
21. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
22. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
23. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah, kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
24. Lampu floresen kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu floresen biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini, menjimatkan tenaga juga.
25. Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
26. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
27. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
28. Keluarkan plug bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup.
29. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak di tebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
30. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
31. Melabur kepada alat yang Cekap Tenaga memang bermanfaat. Terdapat kes-kes di mana, duit yang dijimatkan melalui penjimatan kos tenaga dapat memulangkan kos malbur dalam beberapa tahun.
32. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul, pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
33. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang lampau akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
34. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun, praktikkan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
35. Pastikan logo “EnergyStar" ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap.
36. Jangan lupa untuk bertanyakan tentang jaminan, maklumat servis, penghantaran, dan kos pemasangan.
37. Pastikan anda memilih penjual yang bereputasi dan perpengalaman. Penjual yang baik boleh membantu anda untuk mengira pejimatan tenaga dan jangkamasa pulangan. Pada masa yang sama dapat memberikan pilihan yang banyak.
38. Pastikan anda sedar akan hak anda untk mendapatkan pengetahuan tentang produk. Peralatan yang rosak patut diganti (pastikan kad jaminan di simpan).
39. Dalam mempraktikkan hak anda, jika pemborong atau penjual gagal untuk memberikan tuntutan anda, sila laporkan kepada Pusat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). (layari http://www.nccc.org.my atau panggil +603-78779000)

Tips kehidupan
Wednesday, April 28, 2010
Basikal baru utk adik supaya tak berebut lg dgn abg... adik nie tak suka mintak mainan, tp sekali permintaan.... dia sgt demand... takpelah, jarang belikan ape2 utk adik... adik lain sikit perangai dia, dia x heran dgn permainan tp sgt suka main basikal...
ahli bari keluarga besar Haji Zanal Abidin & Hajjah Zainab...tak tau lg nama ape... baby baru kepada adikku Nuur as-Saadah... cucu kedua perempuan mak dan ayah...
Saturday, April 24, 2010
Ragam Anak2 ummi...
alhamdulillah... kek hari jadi utk abg yg telah berumur 4 tahun pd 20 april yg lalu... maaf ummi x sempat2 nk upload... dapat abi sediakan kek ben10 seperti yg abg inginkan... dh lama teringin yek... makan kek dgn kawan2 kt taska... masa besday adik (12 mac) hari tue... adik tgh sakit... x leh makan kek... so saje bli kek besday yg besar.. syer utk abg dan adik... semoga dua2 anak2 ummi jd anak yg soleh... yg baik, rajin... dan semua2lah yg baik tue..
anak ummi dah besar =))... nape ntah... setiap kali senyum x leh bukak mata tue...
bersungguh2 membaca doa sblm makan... adik tue abg x abis baca doa lglh... x sempat2 nak makan... sedap sgt mee goreng ummi yer...
adik naik basikal besar... abg lah beralah naik basikal kecik... sian abg ye... anak yg baikkan...
abang yg sentiasa mendahulukan keinginan dan keperluan adiknye..