RSS
"asas ukhwah adalah cinta dan asas cinta adalah keimanan kepada Allah.. itulah yang membuatkan manusia sentiasa tenang dan senang....."

Tuesday, December 6, 2011

HARI ASYURA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG

Jam menunjukkan pukul 10.15 minit pagi. InsyaAllah beberapa minit yang ada sebelum pukul 11 nanti dapatlah dimanfaatkan untuk mengisi blog ini. Alhamdulillah encik suami telah berangkat ke tempat kerja dan anak-anak pergi ke taska mereka untuk bermain. Pukul 11 nanti perlu menyiapkan Buku Penilaian Kerja Amali Sains. Esok akan pergi bercuti ke Perak...

Alhamdulillah hari ini 11 Muharram 1433.
9 dan 10 Muharram diizinkan Allah untuk berpuasa sunat bersama suami tercinta.


 AMALAN MENGIKUT BULAN HIJRAH:

BULAN MUHARAM
  • 1-9 hb sunat berpuasa
  • 10 hb sunat berpuasa hari Asyura dan:
          - menyapu kepala anak yatim
          - bersedekah kepada fakir miskin
          - bercelak mata pada waktu malam
          - menambah perbelanjaan keluarga
          - memperbanyakkan zikir 

RUJUKAN: BUKU "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT; MODUL FADHU AIN DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT
TERBITAN: TELAGA BIRU

Peristiwa penting pada 10 Muharam
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.a anak yatim
DISALIN DARI: http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/01/hari-asyura-gerbang-bulan-amalan/


Orang-orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharam sebagai memperingati Nabi Musa dan pengikutnya kaum Bani Israel yang diselamatkan Allah dalam peristiwa Firaun dan tenteranya mengejar mereka menyeberangi Laut Merah. Lalu Firaun ditenggelamkan Allah dalam Laut Merah.

Untuk tidak menyamai amalan yang dilakukan oleh Bangsa Yahudi itu,  kita bolehlah berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam @ 10 dan 11 Muharam @ 9,10, dan 11 Muharam...

Dan bersempena Hari Asyura ini juga kebiasaannya banyak masjid dan kampung yang akan mengadakan gotong-royong memasak bubur asyura bersama-sama. Walaupun ada sebilangan pendapat yang mempersoalkan tentang bubur asyura ini tak salah kalau kita niatkan ia sebagai satu perkara yang dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan. Lagipun kita disunatkan untuk menyediakan hidangan untuk orang-orang yang berpuasa. 

Sebenarnya menurut cerita ayahanda masa kecil-kecil dahulu, bubur asyura berasal dari peristiwa Nabi Nuh dan kaumnya yang dihanyutkan Allah di dalam bahtera yang dibina oleh Nabi Nuh dalam peristiwa banjir besar yang diturunkan Allah sebagai azab kepada kaumnya yang kufur kepada Allah. Lalu setelah banjir surut bahtera itu tersadai di atas bukit 'Judie'. Kemudian mereka telah menyediakan hidangan berasaskan apa sahaja bahan yang ada di dalam bahtera tersebut yang terdiri dari pelbagai jenis bijirin, gandum dan ubi-ubian.       



No comments:

Post a Comment