BUBUR ASYURA (RESEPI EMAK)
Inilah antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bubur asyura.
InsyaAllah ini resepi mudah dari emak saya.
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
(tumbuk atau hiris)
1/2 biji bawang besar
(hiris)
2 biji kentang
1 biji lobak merah
(potong dadu)
kalau ada ubi-ubi pun bolehlah campur sekali
Ayam / daging / udang /
sebaiknya jangan campurkan haiwan darat dan air
2 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma adabi
beras lebih kurang 1 cawan
pelbagai jenis kekacang:
2 sudu besar kacang hijau
2 sudu besar kacang merah
2 sudu besar kacang dhal
2 sudu besar kacang tanah
2 sudu besar kacang merah besar
1/2 kotak kecil santan
Cara nak masak:
1) Rebuskan semua kekacang, beras, kentang dan lobak di dalam periuk. Masukkan juga atau ayam atau daging. Jika menggunakan udang, masukkan udang apabila bubur hampir masak.
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia bersama rempah kurma dan rempah sup.
3) Setelah bahan rebusan menjadi agak empuk, masukkan bahan tumisan ke dalam periuk bahan-bahan yang direbus tadi.
4) Setelah bubur hampir masak barulah dimasukkan santan, gula dan garam secukup rasa.
5) Bubur yang telah siap di masak bolehlah ditaburkan dengan daun bawang dan bawang goreng.
# Bubur ini juga sedap dimakan dengan telur dadar dan ikan bilis goreng...




No comments:
Post a Comment