Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Alhamdulillah... saat ini Mustafa lena di dalam buaian, adik lena di depan tv... dan abang td pergi main di taska. Abang janji dengan ummi nak balik pukul 2. Dan dalam kesunyian ini, ummi mengambil kesempatan menaip bait-bait cerita di blog ini. Abi... di mana abi saat ini.
Pagi semalam abi dan inteam lain telah bertolak ke Karnival Hijrah yang berlangsung Di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu... (betul ke nama tempat tue??). Abi cerita malam tadi latihan sampai pukul 2. Pukul 5 pagi dah bangun ke masjid. Pukul 9, En Rahim dan Hazamin telah ke Assalamualaikum TV Hijrah. Abi menyambung tidur di hotel. InsyaAllah malam nanti Inteam dan kumpulan Al-Mawlid persembahan dan rakaman di Dataran Shahbandar. Selesai rakaman, terus bertolak ke LCCT. Penerbangan ke Jakarta jam 9.50 pagi. Begitulah sibuknya kehidupan abi. Semoga Allah terima setiap langkah, perjalanan dan persembahan mereka sebagai satu usaha daawah yang tiada hentinya. Semoga setiap pengorbanan abi meninggalkan keluarga membuahkan sesuatu yang bernilai dalam mengembangkan syiar Islam di bumi ini. Hanya doa yang mengiringi setiap langkahmu itu.
Ummi pula yang rasakan kepenatannya. InsyaAllah tugas ummi menjaga setiap amanahmu. Cuma... air mata tetap menjadi teman setia bila rindukan abi...huhuhu... tu takboleh nak dipertikaikan lagi. InsyaAllah tiga hari lagi baru dapat jumpa abi. huhuhu lamanya....
**********************************************************************************
Alhamdulillah, ummi dah mula bermesyuarat di sekolah Selasa hingga Khamis lepas. Dan Selasa hingga Khamis depan sambung lagi. Semua mesyuarat perlu diselesaikan sebelum persekolahan bermula. Mesyuarat pengurusan, kurikulum, HEM, Kokurikulum, Panitia, unit HEM dan unit Kokurikulum... banyaknya... Apa sasaran ummi untuk tahun ini? InsyaAllah semoga Allah permudahkan setiap perancangan ummi.


No comments:
Post a Comment