RSS
"asas ukhwah adalah cinta dan asas cinta adalah keimanan kepada Allah.. itulah yang membuatkan manusia sentiasa tenang dan senang....."

Wednesday, December 28, 2011

"JEWEL IN THE PALACE"



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillah... sedang bersenang-senang di rumah sambil menonton TV Al-Hijrah...

Baru pulang dari sekolah tadi. Ummi tak 'senereh' terlupa bawa kunci rumah. Terpaksalah abi balik rumah sekejap hantarkan kunci. Kunci rumah ummi elok je tergantung di tempat kunci. Abi pun tak perasan lah tu ummi tak bawak kunci.

Biasanya petang-petang macam ni memang ummi akan terpaku di depan tv menonton rancangan kesukaan ummi di tv Hijrah. Sangat suka menonton drama korea" JEWEL IN THE PALACE". Cerita itu sememangnya sangat memberi semangat dan inspirasi kepada ummi untuk menjadi seorang wanita yang boleh berjaya dalam apa jua pekerjaan dan bidang sekalipun seperti JANG GEUM...Bila dah mula tengok cerita ini ummi tidak akan berganjak ke mana-mana. Channel tv Hijrah tidak ada iklan yang panjang cuma memaparkn sedutan rancangan yang ada di tv hijrah. Jadi memang tidak boleh bergerak ke mana-mana. Drama ini sangat bagus ditonton dan banyak pengajaran yang boleh didapati. Kerana drama ini jugalah ummi jadi teruja untuk sangat rajin memasak. Harapnya sampai bila-bila.

ni lah JANG GEUM


Sebenarnya drama ini di adaptasi dari sejarah atau kisah benar yang berlaku pada zaman Dinasti Joseon di Korea. Ada banyak kisah sejarah berkaitan drama ini. Nak tau bolehlah tengok di  http://daejanggeum.blogsome.com/jewel-in-the-palace/
Mengisahkan tentang Janggeum seorang anak yatim piatu terpilih menjadi wanita istana seperti ibunya juga. Hidup di istana sangat menyusahkan dengan peraturan yang ada. Janggeum sangat tabah dan menjadi contoh kepada wanita istana yang lain. Ada juga yang berhasad dengki sehingga akhirnya Janggeum di buang negeri Pulau Jeju. Sepanjang menjadi orang buangan beliau belajar perubatan. Untuk masuk semula ke istana beliau harus menjadi pembantu perubatan dan Jangguem akhirnya berjaya kembali ke istana dengan niat untuk membalas dendam keatas kematian ibunya dan Puan Han. Janggeum masih lagi menjadi mangsa hasad dengki orang-orang di sekelilingnya. Tetapi dengan kebolehan dan kemahiran yang ada Janggeum akhirnya menjadi orang kesayangan Maharaja dan Permaisuri. Janggeum juga dianugerahkan gelaran Janggeum Yang Agung. Akhir cerita Janggeum dapat hidup bersama orang yang dicintainya.

Syabas kepada tv Al Hijrah kerana dapat membawakan drama-drama yang bermanfaat untuk ditonton. Jalan ceritanya sangat bagus kerana tiada unsur-unsur yang perlu ditapis. Ceritanya juga sungguh menenangkan.

Tapi..... drama ini sudah habis pada hari Isnin yang lepas. (Huhuhu. Terasa sangat sedih sekali.) Dan digantikan dengan cerita jepun. Setakat ni cerita dia macam agak bosan sikit. Cuma ummi suka tengok pemandangan-pemandangan yang cantik. Cerita klasik juga.

Thursday, December 22, 2011

3 Hari Lagi... Lamanya....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillah... saat ini Mustafa lena di dalam buaian, adik lena di depan tv... dan abang td pergi main di taska. Abang janji dengan ummi nak balik pukul 2. Dan dalam kesunyian ini, ummi mengambil kesempatan menaip bait-bait cerita di blog ini. Abi... di mana abi saat ini.

Pagi semalam abi dan inteam lain telah bertolak ke Karnival Hijrah yang berlangsung Di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu... (betul ke nama tempat tue??). Abi cerita malam tadi latihan sampai pukul 2. Pukul 5 pagi dah bangun ke masjid. Pukul 9, En Rahim dan Hazamin telah ke Assalamualaikum TV Hijrah. Abi menyambung tidur di hotel. InsyaAllah malam nanti Inteam dan kumpulan Al-Mawlid persembahan dan rakaman di Dataran Shahbandar. Selesai rakaman, terus bertolak ke LCCT. Penerbangan ke Jakarta jam 9.50 pagi. Begitulah sibuknya kehidupan abi. Semoga Allah terima setiap langkah, perjalanan dan persembahan mereka sebagai satu usaha daawah yang tiada hentinya. Semoga setiap pengorbanan abi meninggalkan keluarga membuahkan sesuatu yang bernilai dalam mengembangkan syiar Islam di bumi ini. Hanya doa yang mengiringi setiap langkahmu itu.

Ummi pula yang rasakan kepenatannya. InsyaAllah tugas ummi menjaga setiap amanahmu. Cuma... air mata tetap menjadi teman setia bila rindukan abi...huhuhu... tu takboleh nak dipertikaikan lagi. InsyaAllah tiga hari lagi baru dapat jumpa abi. huhuhu lamanya....

**********************************************************************************

Alhamdulillah, ummi dah mula bermesyuarat di sekolah Selasa hingga Khamis lepas. Dan Selasa hingga Khamis depan sambung lagi. Semua mesyuarat perlu diselesaikan sebelum persekolahan bermula. Mesyuarat pengurusan, kurikulum, HEM, Kokurikulum, Panitia, unit HEM dan unit Kokurikulum... banyaknya... Apa sasaran ummi untuk tahun ini? InsyaAllah semoga Allah permudahkan setiap perancangan ummi.

Thursday, December 15, 2011

UMMI... jangan risau ye. Nanti Abang pandailah membaca!

Dengan Nama Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar..


Setinggi kesyukuran pada Allah yang Maha Berkuasa... Masih lagi memberi kesempatan untuk ummi menghirup udara untuk bernafas disisi insan-insan yang disayangi. Hari ini duduk seorang di rumah. Jadi ummi gunakan kesempatan yang ada untuk mengisi sedikit ruang di blog ummi.


Alhamdulillah semalam abang, adik dan mustafa duduk berseronok dengan ummi di rumah sepanjang abi pergi bekerja. Bermain sepanjang hari. Malam tidur awal kerana masing-masing kepenatan.


Hari ini pagi-pagi lagi abang dah kata nak pergi main di taska pula. Sepanjang cuti ni kerja abang bermain sahaja. Hati ummi pula yang risau bila abang langsung tak tengok buku dan belajar. Tapi teringat pula kata abi... InsyaAllah biarlah dia dengan dunia keseronokan kanak-kanak. Takpelah...yang penting malam-malam mesti mengaji dengan abi.


Keadaan dan suasana dunia hari ini menuntut untuk kita berfikir agak jauh kedepan. Terutama hal yang berkaitan anak-anak.


Abang dah tadika. InsyaAllah malam-malam biasanya ummi akan buka beg sekolah abang. Kalau ada buku bermakna ada kerja sekolah yang perlu disiapkan. Buku-buku cikgu tak bagi bawa balik kecuali yang ada kerja sekolah. Alhamdulillah abang tekun menyiapkan kerja sekolah. Sesuatu yang ummi ingin sangat tahu.. "abang ni dah pandai membaca ke belum..." Bila ummi tanya apa-apa, abang akan bagi jawapan " tak taulah ummi"... geramnye ummi dibuatkan. Alhamdulillah beberapa minggu sebelum cuti abang pun bawa balik kertas-kertas jawapan peperiksaan dan juga buku rekod. Terkejut ummi. Bila pulaklah abang ni periksa. Ummi pula yang rasa bersalah. Rasa macam tak ambil tahu hal anak pula. Tengok buku rekod; abang dapat nombor 6. Alhamdulillah pandai anak ummi... hanya itu yang mampu ummi ucapkan.


Satu malam sebelum tidur, ummi meluahkan apa yang ummi rasa pada abi. Kebimbangan ummi terhadap anak-anak terutamanya abang. Ummi cerita pada abi, kawan-kawan abang ada juga yang dah pandai membaca. Ummi risau abang tak pandai baca lagi. Apa jawapan abi.. abi pula tanya ummi dulu kecik-kecik ummi pandai membaca umur berapa? Entahlah... rasanya dah masuk sekolah darjah 1 baru nak pandai baca. Ummi tak pergi pun sekolah tadika. Emak yang ajar ummi menulis di rumah. Jadi, abi pun memberi nasihat yang amat menyenangkan hati ummi. Sebenarnya persekitaran kita yang banyak mempengaruhi kita berfikir. Tengok orang tu, kita nak jadi macam orang tu. Tengok orang ni kita nak jadi macam orang ni. Kesimpulannya biarlah kita sentiasa menjadi diri kita. InsyaAllah Allah dah tentukan sesuatu yang lebih baik untuk kita.


Abi bercerita pula tentang anak stafnya di ofis yang sudah sangat lancar membaca surat khabar. Umurnya lebih muda dari abang. Memang sangat teruja mendengarnya. Tapi biarlah abang pandai membaca pada tahapnya. Kata Abi bila dia boleh membaca lebih awal... lebih cepat untuk dia meng'explore' segala benda lain. Takut-takut kita yang tidak mampu mengawalnya. Biarlah dia pandai mengaji dulu. Biarlah dia lebih pandai membaca Al-Quran dahulu dan itu lebih penting. InsyaAllah... ada benarnya kata-kata abi tue.

MUTIARA UNTUK IBU BAPA:

Pada peringkat umur dua hingga lima tahun, ibu bapa seharusnya mengambil peranan menerangkan kepada anak-anak tentang kebenaran dan kesalahan tanpa mengira masa dan keadaan. Usah biarkan sahaja kesalahan yang dilakukan semata-mata menganggap anak itu masih kecil. Pada usia begini juga, Islam menyeru ibu bapa menekankan:

1. Pendidikan iman dan akidah kerana anak-anak sentiasa tertanya-tanya tentang Tuhan dan gambaran kewujudannya.
2. Mengasuh mereka mencintai Al_Quran
3. Mengasuh mereka mencintai Nabi dan para Sahabat.
Rujukan: Buku Begini Sayang- Mohd Hisham Mohd Sharif dan Hasifah Zainuddin
Terbitan: Galeri Ilmu.

InsyaAllah sudi-sudilah berkongsi pandangan dan pendapat selok belok untuk membesarkan anak-anak.
Semoga anak-anak yang disayangi membesar menjadi anak-anak yang soleh solehah... anak-anak yang hebat ilmu dunia dan akhirat mereka.

Tuesday, December 6, 2011

DARI DAPUR KECIL UMMI (2)


BUBUR ASYURA (RESEPI EMAK)


Inilah antara bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bubur asyura.
InsyaAllah ini resepi mudah dari emak saya.

4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1/2 inci halia
(tumbuk atau hiris)

1/2 biji bawang besar
(hiris)

2 biji kentang
1 biji lobak merah
(potong dadu)
kalau ada ubi-ubi pun bolehlah campur sekali

Ayam / daging / udang /
sebaiknya jangan campurkan haiwan darat dan air

2 sudu besar rempah sup adabi
2 sudu besar rempah kurma adabi

beras lebih kurang 1 cawan

pelbagai jenis kekacang:
2 sudu besar kacang hijau
2 sudu besar kacang merah
2 sudu besar kacang dhal
 2 sudu besar kacang tanah
2 sudu besar kacang merah besar

1/2 kotak kecil santan


Cara nak masak:

1) Rebuskan semua kekacang, beras, kentang dan lobak di dalam periuk. Masukkan juga atau ayam atau daging. Jika menggunakan udang, masukkan udang apabila bubur hampir masak.
2) Tumiskan bawang merah, bawang putih, dan halia bersama rempah kurma dan rempah sup.
3) Setelah bahan rebusan menjadi agak empuk, masukkan bahan tumisan ke dalam periuk bahan-bahan yang direbus tadi.
4) Setelah bubur hampir masak barulah dimasukkan santan, gula dan garam secukup rasa.
5) Bubur yang telah siap di masak bolehlah ditaburkan dengan daun bawang dan bawang goreng.



# Bubur ini juga sedap dimakan dengan telur dadar dan ikan bilis goreng...







DARI DAPUR KECIL UMMI (1)

KEK 'CARROT' KUKUS


Bahan-bahannya:
1 cawan lobak merah (lobak ni dihiris halus-halus dan celur dalam air panas. Nak senang parut je. Ada orang campurkan epal hijau)
2 biji telur
1/2 cawan minyak jagung
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar kacang walnut hancur (boleh juga campurkan kismis, kurma atau prune yang juga dihiris halus) 
1 sdt garam
1 sdt soda bikarbonat
1 sdt baking powder
1 sdt esen vanilla
1 sdt serbuk kayu manis

Cara-cara membuatnya:
1. Pukul gula bersama minyak (ummi guna blender je... memanipulasi penggunaan blender)
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang
3. Masukkan bahan-bahan kering lain ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati
4. Satukan kesemua bahan (bahan yang dah dipukul tadi masukkan dalam mangkuk)
5. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati dan masukkan ke dalam loyang.
6. Sediakan kukus dan kukus selama lebih kurang 45 minit.

# ni untuk adunan yang sedikit... cukuplah untuk ahli keluarga saya yang beberapa orang ni. Yang banyak makan saya dan MUSTAFA yang gembam... Abi makan sedikit. Dia tak boleh terima ada kek "LOBAK". bagi dia lobak tu sayur je. Pelik agaknya bila ada orang buat kek lobak. Abam dan adik pun sama. Padahal anak-anak ummi tu suka je makan lobak. Takpelah simpan dalam peti sejuk tahan lama.

HARI ASYURA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG

Jam menunjukkan pukul 10.15 minit pagi. InsyaAllah beberapa minit yang ada sebelum pukul 11 nanti dapatlah dimanfaatkan untuk mengisi blog ini. Alhamdulillah encik suami telah berangkat ke tempat kerja dan anak-anak pergi ke taska mereka untuk bermain. Pukul 11 nanti perlu menyiapkan Buku Penilaian Kerja Amali Sains. Esok akan pergi bercuti ke Perak...

Alhamdulillah hari ini 11 Muharram 1433.
9 dan 10 Muharram diizinkan Allah untuk berpuasa sunat bersama suami tercinta.


 AMALAN MENGIKUT BULAN HIJRAH:

BULAN MUHARAM
  • 1-9 hb sunat berpuasa
  • 10 hb sunat berpuasa hari Asyura dan:
          - menyapu kepala anak yatim
          - bersedekah kepada fakir miskin
          - bercelak mata pada waktu malam
          - menambah perbelanjaan keluarga
          - memperbanyakkan zikir 

RUJUKAN: BUKU "INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT; MODUL FADHU AIN DIRI, KELUARGA DAN MASYARAKAT
TERBITAN: TELAGA BIRU

Peristiwa penting pada 10 Muharam
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah daripada dibakar Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah daripada penyakit kulitnya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya daripada tentera Firaun.
  • Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah mencipta alam.
  • Hari pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.a anak yatim
DISALIN DARI: http://nurjeehan.hadithuna.com/2007/01/hari-asyura-gerbang-bulan-amalan/


Orang-orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharam sebagai memperingati Nabi Musa dan pengikutnya kaum Bani Israel yang diselamatkan Allah dalam peristiwa Firaun dan tenteranya mengejar mereka menyeberangi Laut Merah. Lalu Firaun ditenggelamkan Allah dalam Laut Merah.

Untuk tidak menyamai amalan yang dilakukan oleh Bangsa Yahudi itu,  kita bolehlah berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharam @ 10 dan 11 Muharam @ 9,10, dan 11 Muharam...

Dan bersempena Hari Asyura ini juga kebiasaannya banyak masjid dan kampung yang akan mengadakan gotong-royong memasak bubur asyura bersama-sama. Walaupun ada sebilangan pendapat yang mempersoalkan tentang bubur asyura ini tak salah kalau kita niatkan ia sebagai satu perkara yang dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan. Lagipun kita disunatkan untuk menyediakan hidangan untuk orang-orang yang berpuasa. 

Sebenarnya menurut cerita ayahanda masa kecil-kecil dahulu, bubur asyura berasal dari peristiwa Nabi Nuh dan kaumnya yang dihanyutkan Allah di dalam bahtera yang dibina oleh Nabi Nuh dalam peristiwa banjir besar yang diturunkan Allah sebagai azab kepada kaumnya yang kufur kepada Allah. Lalu setelah banjir surut bahtera itu tersadai di atas bukit 'Judie'. Kemudian mereka telah menyediakan hidangan berasaskan apa sahaja bahan yang ada di dalam bahtera tersebut yang terdiri dari pelbagai jenis bijirin, gandum dan ubi-ubian.       



Saturday, December 3, 2011

TAHUN BARU DENGAN PENGISIAN BARU

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH MAHA PENYAYANG.
DEMI MASA.
SESUNGGHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN.
KECUALI MEREKA YANG BERIMAN DAN YANG BERAMAL SOLEH,
YANG BERPESAN-PESAN DENGAN KEBENARAN
DAN BERPESAN-PESAN DENGAN KESABARAN.
Surah al-Asr: Ayat 1-3

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menjengah dan mengemaskini blog yang kian lama tidak berusik ini. Moga dengan kesempatan yang diberi Allah ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh saya. Azam saya moga pengisian baru ini dapat menyemarakkan lagi usaha dakwah dalam mengembalikan kegemilangan Islam. Segala saranan dan cadangan dari pembaca amat saya harapkan. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabat-sahabat yang sudi membaca blog saya dan meminta saya mengemaskini blog ini.

Bukan malas atau lupa tetapi masa begitu mencemburui saya. Alhamdulillah dikesempatan cuti sekolah ini saya berusaha juga untuk mengemaskini blog ini dan semoga usaha ini dapat saya teruskan di masa-masa yang ada. Moga Allah mudahkan urusan saya.

"Sampaikan oleh mu walaupun satu ayat"... InsyaAllah moga ia terus menjadi inspirasi kepada saya untuk memenuhi ruang blog ini dengan apa sahaja yang dapat dikongsikan bersama. Allah jua yang Maha Mengetahui segalanya...